Catatan terkini

Navigation : Home / / Article : Remaja Oh Remaja

Remaja Oh Remaja

Sabtu, 24 November 2007 | 2 Comments | Labels :

Tadi, masa dok saja-saja, ana pon belek la myspace ana. saje jerk. Then view la picture sahabat-sahabat dalam list ana. lalu terjumpalah gambar-gambar ni. So ana 'pinjam' gambar tu dan letakkan kat sini untuk renungan bersama.

Bukan niat nak menghina, sebab ana waktu muda-muda dulu pon 2X5 jugak. So just nak mengajak semua sahabat-sahabat pakat pikir, kenapa semua benda ni wujud. Pernah kaji tak? Ramai yang tak memahami mereka-mereka dibawah ni tapi terus hentam, kutuk dan sebagainya. Seelok-eloknya cubalah tanya kepada mereka, pasai apa jadi lagu nih?

Ada diantara mereka dah berubah, tapi tak pernah kongsi dengan masyarakat luar. Ana xsalahkan derang, sbb bukan mudah nak citer aib sendiri. Kesudahannya masyarakat hanya mempercayai apa yang tertulis dalam M*tro dan M*stika. Walaupun ada sesetengah daripada fakta sebenar ditokok tambah dengan interview bersama 'budak upahan'. InsyaAllah, ana akan cuba dedahkan sikit demi sedikit tentang apa yang berlaku sebenarnya dan mengapa ia berlaku.

Rockers


Herm, zaman rock ni rasanya tak perlu ana ulas kot. Semua dah tau. Ada yang kata rock kang-kang (sbb penyanyi kumpulan rock akan menyanyi sambil terkangkang), ada yang kata rock kapak dan sebagainya. Ni xder ideologi. Hanya muzik dan fesyen semata-mata. Nak tau lebih, tanya sahabat ana la, Ust. Akhil Hayy. Dia tau la..

Chaos Punk


Ni pon dah lama dah.. pali ketara pasal punk ni di Malaysia bila zaman reformasi. Masa tu semua punkers turun ke dataran dan join riot dan demo. Kalau tak silap sdr. buyung (kltroopers) gambar dia pernah keluar Utusan Malaysia bersalam dengan Anwar Ibrahim masa beliau nak ditangkap. Bermula dengan itulah punk mula tumbuh macam cendawan kat Malaysia nih. Tambah pulak lagu dari band-band punk yang kicking mcm Acid Rains, Expired, dan sebagainya menambahkan lagi semangat ke'punk'gan sapa-sapa yang jadi punk ketika itu.

Peace Punk (Anarcho Punk)

Peace punk atau jugak dikenali sebagai anrcho atau crusty. Sejarah dia kat Malaysia ana xberapa pasti. Kena tanya joeKidd la.. dia tahu kot. Anarcho ni kalau nak cerita payah sikit. Sebab terlalu banyak furu' (cabang) dalam anarcho ni, Food Not Boms lah, Feminism lah, macam-macam. tu tak masuk lagi yg vegan, sXe (eh ada ka sXe dlm anarcho? hehe..), peace punk ni complex sket. Walaupun ada yang cakap, anarcho ni non-political punk, ada yang cakap political punk, tp ana suka mengelaskan mereka sebagai political movement. Sbb definisi politik tu luas. Dulu minat jugak dengar lagu crusty/grind.. Paling minat waktu tu CRASS la.

Skinheads


Catatan: Skinheads terbahagi kepada 3 (SHARP, MALAY POWER DAN TRADITIONAL)
Pakaian, muzik, attitude mereka adalah sama, kecuali fahaman (ideologi) yang berbeza. Sejarah skinheads ni pon dah lama. cuma mula menjadi ikutan para remaja/pemuda bila munculnya band-band oi!/streetrock yang memperjuangkan skinheads dalam lirik lagu derang, antaranya The Official, A.C.A.B dan sebagainya.

Gothic


Catatan: Dunia gothic ni dalam sejarah dunia wujud tahun 1980-an lagi, cuma mula masuk ke Malaysia agak lewat. Lebih kurang tahun 1999 dan paling ketara kewujudan mereka tahun 2005 dan mula menjadi satu trend yang agak popular menjelang tahun 2006/2007. Ana tak sempat lagi merisik-risik pasal gothic ni. Ada yang suggest kat ana suruh baca m*stika, ana rasa xperlu kot. Lebih baik ana selidik dengan tuan empunya diri. Lagi bagus.

Rastaman


Rastaman bukan ideologi kot? tapi rasanya attitude dan fesyen. Pengasasnya sapa lagi kalau bukan bob marley. xder fahaman tertentu. Tapi yang pastinya, hampir 99% rastaman isap ganja.

Black Metal


Aloh?... yang ni berat sikit. dari ana mula kenal dunia underground sampai la sekarang, cukup xberkenan. Kalau setakat lagu ok la. Dulu2 dengar la jugak band mcm langsuir, marduk, hayagriva, mobid angle, sil khannaz,.. ape lagi ek.. dah lupa. Ha.. baru teringat.. pasal J.I.T (Jangan Ikut Tuhan). Masa dulu-dulu ana tak pernah plak dengar pasal JIT nih. pelik betul, mai mana tah geng nih? Scene black metal terbesar pada tahun 1994 rasanya di Alor Setar, Sungai Petani, Ipoh ngan KL. pasal ideologi dia.. hum.. nantilah ana cuba interview kawan lama. Dia dah Insaf dah.. anak pon dah masuk 3. dengar kata tengah mengandung yang ke-4. Alhamdulillah Tahniah.

Rempit



Ni xder ideologi. Hanya keseronokkan semata-mata. Kadang-kadang layan 'kosong', kadang-kadang letak duit, kekadang letak perempuan. Teringat masa ana ceramah di Kedah. ana interview sorang budak rempit ni (masa tu istilah ni tak wujud lagi, dia guna istilah mat moto). Budak tu cakap, lagi banyak parut, lagi ranggi (lagi otai la). Kalau patah-patah, lagi power la.

Lesbian
-NO PIC-

Lesbian ni istilah bagi mereka yang ada affair sesama sejenis (perempuan Vs Perempuan). Dulu tak ketara sangat... dah masuk tahun 2000 ni, semakin galak pulak dah.. siap letak gambar derang "ehem-ehem" dalam profile myspace dan friendster. isk isk isk

Bohsia dan Bohjan
-NO PIC-

senang cakap sex bebas lah. Ni pon makin ketara. Tambah-tambah dunia makin canggih dengan handphone bercamera la, 3G la. Sendiri berlakon, sendiri jadi jurucamera, sendiri edit, sendiri publish, sendiri tanggung malu, sendiri terjun neraka. isk isk isk. Tapi xsemua publish dengan sendiri. ada yang rakam then handphone dikebas orang.. ha.. sekali penyamun tu plak publish kat web/blog. kan dah malu. isk isk isk

Nyah (Pondan / Bapok)
-NO PIC-

Lah? apa barang pondan. herm.. malas nak komen. sendiri tengok sendiri ulas, sendiri paham ok?.

ni sikit jerk.. ada banyak lagi.. macam - macam ada. Persoalannya, mengapakah ini terjadi? dan apakah jalan penyelesaian bagi semua ini?

Catatan: Gambar diatas adalah sekadar hiasan. Bukan niat untuk memalukan atau menghina tuan empunya diri atau sengaja menyebarkan dan mempertontonkan bahan lucah kepada pihak umum.

2 Responses to " Remaja Oh Remaja "

  1. Neezhom Says:

    Salaam alaikum w.b.t.. Apa kabar ya akhi? Alhamdulillah, amat bagus sekali artikel ini untuk diketengahkan. Dengan harapan kerana sayangkan ramai remaja2 Islam kita yang memang ketara terikut sangat budaya2 luar.

    Ana pn x nafikan, dulu pun ana sama jugak, pernah buat band kumpulan rock jugak kat kampung hehe, tp alhamdulillah, Allah bagi hidayah, band tu x kekal lama kerana x sefahaman dan sebagainya, ada hikmahnya. Ana bersyukur ia x menjadi, alhamdulillah.

    Ok ya akhi, kita jumpa len kali insyaAllah. Ana akan add link akhi kat beberapa blog ana insyaAllah. Salaam ukhuwwah, wa ila lliqo', ma'assalamaah. Baarokallahu lakum :)

  2. Editor BALADI Says:

    wa'alaikumsalam..
    syukran kembali ya akhi forumer..
    jadi kita yg sudah pernah
    mendekati zaman ni pasti lebih tahu
    dimana benar dimana salah.. jadi sudah menjadi tanggung jawabb kita yg telah sedar dari belunggu ini, perlulah bijak mencari peuang untuk membantu menyedarkan mereka2.. jadi bersama2 kita doakan para putera puteri negara kita dapat sedar apa erti sebenar KEHIDUPAN.. terima kasih akhi..

Leave a Reply