Catatan terkini

Navigation : Home / / Article : Children of Heaven

Children of Heaven

Rabu, 19 Disember 2007 | No Comments | Labels :

Children of Heaven ( Iran ) - Part I

Children of Heaven ( Iran ) - Part II

nik aziz2.jpgKOTA BHARU, 6 Dis: “Saya bukan orang yang suka menonton filem. Tapi malam ini saya menonton ‘Children of Heaven’ daripada awal hingga akhir, ekoran penulis skrip filem ini berjaya mengheret masyarakat menyelami nilai moral dan kemanusian. Filem ini boleh membuatkan sesiapa menontonnya menitis air mata,” demikian luahan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu menyampaikan ceramah umum bertempat di Putik, Pengkalan Chepa, malam tadi sebagai reaksinya setelah menonton filem karya pengarah terkenal dari Iran, Majid Majidi, ‘Children of Heaven’.

Jelasnya filem tersebut menonjolkan isu bagaimana kemiskinan tidak menghalang dua beradik untuk menuntut ilmu walaupun terpaksa berkongsi kasut untuk ke sekolah.

Terdahulu, kira-kira jam 9.00 malam beliau menghadiri perasmian penutup Mini Fest Kelantan 2007 yang bertempat di Balai Islam, Lundang. Pada majlis tersebut beliau turut menyampaikan ucapan serta berkesempatan menonton filem yang memenangi anugerah filem terbaik di Montreal International Film Festival itu.

Majid Majidi serta rombongannya yang terdiri daripada Penerbit dari Rusia, Marat Sayfuddin serta pelakon, penulis skrip dan penasihat kepada Majid Majidi, Abbas Nouzari turut serta dalam program tayangan tersebut.

‘Children of Heaven’ merupakan filem terakhir yang ditayangkan sempena Mini Fest Kelantan 2007. Pada 4 November, dua filem Majid Majidi ditayangkan di tempat yang sama iaiatu Baran dan Colours of Paradise yang mendapat sambutan ramai.

Sementara itu dalam ucapannya sebelum tayangan filem tersebut, beliau menyuarakan hasratnya agar pembikin filem di Malaysia dapat menghasilkan filem-filem seperti Majid sebagai salah satu cara untuk menangkis salah anggap masyarakat Barat terhadap Islam.

“Melalui akhbar dan internet kita mampu menangkis serangan Barat. Dan kini kita berkemampuan untuk melawan serangan tersebut melalui filem.

“Majid Majidi ada meluahkan kepada saya bahawa beliau dukacita peluang-peluang tersebut tidak digunakan oleh umat Islam serta pembikin filem untuk menangkis serangan Barat. Majid Majidi menyatakan untuk kempen Nabi Isa berpuluh-puluh buah filem dibuat untuk memperburukkan agama Islam. Bagaimanapun orang Islam hanya mempunyai sebuah filem yang memperihalkan Nabi Muhammad S.A.W,” katanya.

Justeru katanya, sekarang merupakan peluang untuk masyarakat kita membalas balik serangan tersebut melalui filem dan katanya peluang tersebut telah digunakan oleh Majid Majidi untuk membalas tindakan tersebut.

Sementara itu beliau turut mengharapkan Darul Digital Multimedia Solutions Sdn Bhd, sebuah syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang telah menandatangani surat hasrat dengan Majid Majidi untuk bekerjasama dalam penerbitan filem dapat memanfaat sebaik mungkin dalam kerja-kerja animasi dan penerbitan filem.

Dalam pada itu, Majid Majidi yang berbahasa Parsi dalam ucap tamanya yang diterjemahkan oleh seorang penterjemah ke Bahasa Melayu, melahirkan kegembiraan kerana dapat hadir ke sebuah negeri yang mana pemerintahannya berlandaskan Islam.

Selain itu, beliau juga menyatakan perasaan sukacitanya kerana Tuan Guru mengambil berat tentang seni budaya termasuk perfileman.

Pada kesempatan tersebut, beliau turut menceritakan pengalamannya di sebalik pembikinan filem Children of Heaven kira-kira 11 tahun lalu.

“Selama dua tahun saya mencari pelabur untuk filem ini. Walaupun dua filem saya sebelum ini telah mencapai kejayaan, tapi tidak ada yang sudi untuk melabur filem ini.

* “Akhirnya di sebalik kesukaran tersebut saya berjumpa seseorang yang sudi melabur dengan kos yang sedikit. Walaupun Children of Heaven hanya menggunakan perbelanjaan yang sedikit tetapi filem tersebut memberi kesan seluruh dunia, ” katanya yang terus mengharapkan dapat menghasilkan filem yang baik pada masa akan datang.

Selain kesukarannya mencari pelabur untuk pembikinan filem tersebut, Majid turut menceritakan beliau juga mengambil masa agak lama untuk mencari pelakon yang sesuai. Akhirnya daripoda 3,000 hingga 4,000 orang yang menghadiri sesi uji bakat, hanya dua orang yang sesuai membintangi filem tersebut.

Dalam pada itu beliau turut mengharapkan Kerajaan Kelantan dan Iran dapat bekerjasama untuk menghasilkan filem yang bermutu pada masa akan datang.

Selain Tuan Guru dan rombongan Majid Majidi, turut menonton tayangan filem Children of Heaven ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam dan Dakwah, Ustaz Hassan Mohamood, isteri Tuan Guru, Datin Sabariah Ishak, dan Ketua Muslimat PAS Kelantan, Ustazah Siti Zailah Mohamad Yusuf.

Petikan dr : http://jiwokelate.wordpress.com/

0 Responses to " Children of Heaven "

Leave a Reply