Catatan terkini

Navigation : Home / / Article : SELAMATKAN PELAJAR DAN RAKYAT MALAYSIA DI MESIR

SELAMATKAN PELAJAR DAN RAKYAT MALAYSIA DI MESIR

Isnin, 31 Januari 2011 | 1 Comment | Labels :





Assalamualaikum wbth. Semoga kita semua berada dalam Rahmat ALLAH taala senantiasa.
Merujuk perkara di atas, saya mewakili Barisan Kempimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) sesi ini merasa terpanggil untuk bersama-sama membantu dan mengerahkan tenaga terhadap apa yang berlaku di Mesir ketika ini.

Sesungguhnya apa yang berlaku di Mesir adalah suatu yang di luar jangkaan. Atas prinsip persatuan yang melaksanakan prinsip kebajikan, MPPMJ kini berusaha sedaya upaya untuk melibatkan diri dalam isu ini, dengan harapan ia dapat menghilangkan sedikit beban dan kesusahan yang dialami oleh mahasiswa/wi di Mesir seperti kita.

Ahli MPPMJ yang budiman,








DOA DAN TAKZIAH
Terutamanya, kami mengiringi ucapan takziah kepada seluruh mahasiswa/wi Mesir dengan situasi genting yang berlaku di sana. Kami di sini turut merasa bimbang & khuatir dengan keadaan di Mesir ketika ini. Walaubagaimanapun, kami dan mahasiswa di sini terus berusaha untuk membantu dengan kudrat yang termampu.

MPPMJ telahpun meminta kerjasama daripada seluruh Persatuan Zon (PZ) untuk mengadakan solat hajat perdana agar semua warga Negara Malaysia di Mesir berada dalam jagaan ALLAH taala dan dikurniakan dengan keselamatan serta kesejahteraan berpanjangan.

Di samping itu, ahli juga diharapkan tidak putus-putus berdoa untuk kesejahteraan bersama.







TABUNG BANTUAN KEBAJIKAN
Sebagai langkah inisiatif kepada pelajar Mesir yang bakal dipindahkan ke Jordan, MPPMJ dengan kerjasama seluruh Persatuan Zon (PZ) telahpun melancarkan tabung bantuan untuk kebajikan mereka sepanjang keberadaan mereka di sini dan kami mensasarkan sebanyak JD2000 sepanjang kutipan nanti. Kami amat optimis, anda mampu menyumbangkan lebih daripada jumlah itu.

Sumbangan anda bolehlah disalurkan kepada wakil-wakil MPPMJ yang berada di mantiqah masing-masing. Sumbangan berbentuk peribadi amatlah digalakkan.

Ayuh! Nyatakan cakna dan sikap kebersamaan anda melalui sumbangan ini.

INISIATIF
Ketika ini, MPPMJ dengan kerjasama pihak Education Malaysia Jordan (EMJ) terus menjalankan usaha mengenalpasti pelajar Malaysia Jordan yang masih terkandas di Mesir. Seterusnya juga, usaha demi usaha dijalankan untuk kebajikan pelajar Malaysia di Mesir agar keselamatan mereka terus terjamin.

Justeru, antara langkah lain demi menjaga kemaslahatan mahasiswa/wi Mesir yang bakal dipindahkan ke Jordan, MPPMJ dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI) bakal menubuhkan satu Secretariat (pasukan bantuan) Kebajikan Pelajar Mesir di Jordan bagi menguruskan kemasukkan (perpindahan) mereka ke sini.

Ia juga bertujuan menjaga semua kebajikan mereka sepanjang berada di sini di samping sebagai tempat pemusatan maklumat dan pusat rujukan pelajar.








BERSEDIA DEMI NILAI UKHWAH
MPPMJ dengan kerjasama EMJ dan semua Persatuan Zon PERMAI, PRISMA, PPMA dan PERMATA serta seluruh mahasiswa Jordan telah bersdia untuk menerima kedatangan Mahasiswa/wi dari Mesir ke Jordan. Kami juga amat berbesar hati dengan perpindahan ini.

Kami juga bersedia menyediakan penempatan dan sebarang perkhidmatan untuk menampung dan menjaga kebajikan mahasiswa yang bakal datang nanti.

Semoga usaha sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Mahasiswa Mesir dan Jordan untuk hari ini dan pada masa akan datang.

Akhir kata,

Saya menyeru kepada seluruh mahasiswa/wi di Jordan untuk terus berdoa dan bersedia untuk menghulurkan bantuan serta kerjasama kepada pihak MPPMJ dan EMJ. Semoga ALLAH merahmati kita dan menilai usaha ini sebagai satu ibadah yang maqbul.

Sekian.

Yang benar,





MOHD AFIQ MOHD SALEH
Presiden,
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ)
Sesi 2010/2011.


Sumber Rujukan

KAMI DARI KESATUAN MAHASISWA KELANTAN JORDAN (KMKJ) MENDOAKAN KEPADA SELURUH PELAJAR DAN RAKYAT MALAYSIA DI MESIR SELAMAT DAN DIPERMUDAHKAN URUSAN PULANG KE MALAYSIA.

1 Response to " SELAMATKAN PELAJAR DAN RAKYAT MALAYSIA DI MESIR "

  1. ahsfantasy24 Says:

    Semoga rakyat kita di sana dilindungi Allah..
    dan semoga urusan mereka dipermudahkan Allah..
    sama2 kte brdoa..

    Terbaru:
    -TERKINI: KRISIS DAN DARURAT DI MESIR, BUTAKAH KITA?
    -HARGA MINYAK NAIK LAGI PADA 1 FEBRUARI 2011

Leave a Reply