Catatan terkini

Navigation : Home / , / Article : SEMPURNA! IBNUYUSUF (DOT) NET

SEMPURNA! IBNUYUSUF (DOT) NET

Rabu, 23 Mac 2011 | 5 Comments | Labels : ,

 

Ibnuyusuf Creative 

 

Bismillahirahmanirrahim, Assalamu'alaikum warrahmatullahi wabarakatuh, alhamdulillah dengan izin Allah SWT. Akhirnya impian untuk memiliki domain berdaftar sendiri tercapai juga. Pengalaman dalam bidang blogging ni mula dari ana dari tingkatan dua lagi, masih ingat blog lalu yang masih segar di ingatan, http://iylia_mps.blog.ekawan.com/ (blog pertama ana) dan http://syamim.blogdrive.com/ (blog kedua ana) yang kedua-duanya ana bangunkan tahun 2006 dengan nama HARUMAN RAUDHAH. 
 
Mulanya pembikinan blog ana buat adalah sekadar pengikut peredaran zaman ketika itu, sdikit terpangaruh kerana minat untuk ada laman we sendiri dari kecil, walau permulaan blog tu ana hanya sekadar meng-copy paste jer.. Namun minat dan dorongan kuat untuk terus berbloging ni apabila diberi amanah oleh badan dakwah sekolah untuk cuba hasilkan suatu yang berbeza dalam medium dakwah kancah alaf baru, dari situ fikiran ana ke arah keteknologian, berhajat nak bina laman web badan dakwah sendiri. Namun ketika itu tidak kenal lagi apa tu blog, apa tu website, apa tu portal, apa tu server.. Tapi tak kisahlah akhirnya, bdan dakwah sekolah ana punyai blog sendiri (www.baladi-malaysia.blogspot.com) dengan hasil bantuan abang yang paling karib dengan ana, Akhi Fauzy Yusof, Alhamdulillah kerana designnya mantap dan smpai dipuji guru-guru itu yang mendorong untuk belajar dan mencuba bermain kod HTML tamplate blog, walau banyak kali blog tu hancur, nasib baik ada buat salinan yang asal. 
 
Teringat kembali sebab dan faktor badan dakwah sekolah cuba mentakhlifkan diri sebagai eco dan meminta memberi bantuan dalam kancah IT ni kerana pada 2 blog lama ana (blog di atas yang sebotkan), ana meletakkan nama atau menkomersialkan nama MAAHAD DARUL ANUAR. Jadi siapa-sipa yang serach jer kat internet MAAHAD DARUL ANUAR, keluarlah blog ana dahulu. dari situlah guru-guru dan shabat tahu tentang ana, lagipun ana di sekolah pun agak pendiam, tak siapa tahu minat ana kecuali dari situlah puncanya. 
 
Mankala satu lagi faktor lain adalah, kemanisan bermain forum ketika mula menyertai www.halaqah.spreebb.com (kini telah menjadi halaqah.net), dimana halaqah.net itu di peringkat percubaan, untuk melihat sambutan forum itu. Ana meneganli akhi fauzy juga dari situ, dimana akhi fauzy sibuk membantu menaiktarafkan forum halaqah itu ke tahap yang lebih baik. dari situ minat ke arah nak cuba dalam pembikinan laman web sendiri. Alhamdulillah, halaqah.net kini berjaya, walau ana tidak sempat untuk sertai kembali sepertimana dulu, cubaan untuk sama-sama akhi fauzy, ustaz alhaudie dan dua orang lagi kakak. Walau berempat ketika itu, alhamdulillah hari ini halaqah sudah menjadi ribuan dan sebutan umum. Tahniah!
 
 
 Dorongan kedua pula pada tingkatan empat, setelah rancak ana berbloging dengan membawa blog badan dakwah sekolah ana. Sehingga mendpat pujian dan kunjungan yng begitu memuaskan hati org luar, dan terutama alumni sekolah ana sendiri, dan dalam diam ana tak ssedar ada yang memerhatikan blog badan dakwah sekolah ana yang ana bawakan bersama beberapa lagi sahabat ana. MAC 2008 ana bersama-sama badan dakwah ana, didatangi borang pencalonan ke ANUGERAH MEDA ISLAM NEGARA (AMIN), memang meloncat-locat lah ana. Namun baru borang, rupanya JAKIM memerhati gerak geri kami. Selesai mengisi, lama kami menunggu tiada apa hasil, Ingatkan dah kalah. Sampai jer bulan julai, datang surat dari JAKIM, apa isinya? inilah isinya..
 
 
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs281.ash1/20851_132663390085629_132599986758636_282765_1331489_n.jpg
 
Sesampainya surat ini, memang kami gembira tidak terkata, bukan sahaja kami, guru-guru, sampai ada yang nak konvoi ikut sekali dengan kami. Memang tidak pernah terbayang, dan tidak meminta pun semua ini, berblog adalah kerana minat. Namun dengan hadiah dari Allah ni memang memberi semangat kepada ana untuk terus berusaha. Manamungkin dapat ana percaya, blog badan dakwah sekolah mampu ke peringkat negara (kebangsaan), dah lah sekolah menengah, yang bangunkan pun budak sekolah menengah, guna pula blog (blogger/blogspot) orang lain guna domain berbayar, tapi dapat pula berdiri di peringkat kebangsaan bersama orang handalan, tersenarai sebagai 4 laman web islam terbaik di malaysia pada 2008, walaupun kami tidak memenangi. Tapi sudah cukup untuk kami malahan terlalu lebih. Seumur hidup ana, ana memang tidakk pernah mengikuti apa-apa pertandingan atau apa-apa. Kalau ikut mesti kalah diperingkat awal lagi. Dan inilah pertandingan yang pertama ana masuk bukan sebarang pertandingan tetapi penganugerahan yang beprestij. terima kasih JAKIM, terima Kasih MALAYSIA.  AMIN tahun itu dimenangi oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
 
Selepas dari tu alhamdulillah rezeki banyak Allah kurniakan pada ana dan sahabat-sahabat, setiap kali pertandingan kami cuba ceburi seperti pertandingan membina laman web peringkat negeri dapat tempat ke-3 juga menggunakan laman web badan dakwah, ketiga dalam pertandingan multimedia peringkat zon 2009 dan kedua zon 2010. Memang ana tidak pernah menang mana-mana pertandingan, namun dapat nombor pun alhamdulillah itu sduah lebih. Dan baiknya dapat nombor di tengah kerana tidak terasa berputus asa kerana tidak dapat yang terakhir, dan tidak terasa sudah cukup kerana mejadi yang pertama. AMIN 2009 juga ana turut terlibat namun tidak tersenarai sebagaicalon akhir 4 terbaik dan yang memenangi AMIN 2009 ustaz ZAHARUDDIN.net  
 
Alhamdulillah berkat semua tunjuk ajar, bantuan, terutama buat sahabat yang memberi kepercayaan untuk mendeign untuk anda semua, pada SUCI SOKMO dimana syarikat yang ana pernah bekerja sebelum datangnya ana ke Jordan ini, kerana kepercayaan diberikan tanpa berbekalkan sijil apa-apa untuk menjadi designer anda. Terima kasih, terima kasih buat semua, kumpulan nasyid kelantan, kerajaan negeri kelantan dan semuanyalah. dan akhirnya ana ke tahap ini, dan lahirnya ibnuyusuf.blogspot.com yang terus berjalan dari 2007 hingga kini yang lebih sempurna setelah percubaan pertama menggunakan domain .co.cc kini Alhamdulillah...    SEMPURNA! Segalanya sempurna.. Akhirnya Sempurna.. ibnuyusuf (dot) net berjaya dibangunkan, jemput kunjungan antum semua ke website ana.. syukran kepada engineer ana Kriey Alias, sudi pinjamkan duitnya dahulu untuk membangunkan laman ini yang hanay dihabiskan sebanyak 10USD. Smoga Allah membalas budi baik dan jasamu dan antum semua.. terimalah www.ibnuyusuf.net
 
 
:: REVOLUTION IN ISLAMIC MEDIA ::
 
 Nik Mohd Syamim Ibnuyusuf
3: 15 pagi, 23 MAC 2011
Mafraq, Jordan
 
p/s : maaf jika ada salah ejaan yang banya, sebab tengah malam.. Laman web ini masih dalam membangnan dan pembaikpulih, maaf klu yang tak dapat nak klik apa. harap sabar menunggu. Wassalam.

5 Responses to " SEMPURNA! IBNUYUSUF (DOT) NET "

  1. Belakang Garisan Pena Says:

    ho3. Tahniah atas kejayaan dan usaha dakwah ini, semoga sama2 berada dibawah rahmatnya. amion.

  2. Tanpa Nama Says:

    tahniah...
    macamana nak apply domain net ni?

  3. Tanpa Nama Says:

    sudara/ri boleh jer mencari mana2 syarikat di internet ni memberi khidmat membeli domain dan hosting.. seperti tunas.com.my, ummah2u.com, rocksoft.com.my ataupun google application.. yg syarikat2 di atas addari syarikat anak malaysia dan slaku muslim yg pernah ana tanya-tanya dan dari sahabat ana..

  4. Ayahwae Says:

    Salam Syamim.. syabas dan tahniah atas usaha tanpa penat dan jemu.. semoga diredhoi Allah.. kalau balik m'sia jgn lupa contact ana.

    *boleh juga daftar domain dengan KL Server => http://klserver.biz dotnet hanya RM30

  5. Tanpa Nama Says:

    insya'allah ustaz.. ana xlpa punya.. trimakasih smua krana sudi support ana.. =)

Leave a Reply