Catatan terkini

Navigation : Home / , / Article : Hari-Hari adalah Hari Ibu

Hari-Hari adalah Hari Ibu

Selasa, 10 Mei 2011 | No Comments | Labels : ,


altHari-hari adalah Hari Ibu. Ungkapan ini amat menarik dan saya anggap ia amat bersesuaian dan bukan hanya untuk Hari Ibu sahaja kita lafazkan. Menyebut panggilan ibu/emak setiap hari memang tidak lekang dibibir ini. Setiap hari akan disebut panggilan tersebut. Begitulah juga seorang anak yang masih dibawah jagaan kita. Pastinya mereka akan memanggil-manggil nama kita.
Setiap hari melihat wajah emak juga akan memberikan impak yang besar dalam hati kita. Kasihnya kepada kita, membesarkan kita dari dalam kandungan dia lagi. Diusap-usapnya perut sewaktu kalian berada dalam kandungan lagi. Mendoakan agar yang dilahirkan ini selamat dan sempurna. Membisik-bisikkan ayat-ayat suci untuk anak yang berada dalam kandungan lagi. Itulah hebatnya kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anaknya.
Menginjak usia dan apabila kita bergelar seorang ibu..kita akan terasa begitu bermaknanya seorang ibu dalam kehidupan kita. Tanpa ibu, tanpa kita. Tanpa ayah tiada kita. Saya selalu berpesan kepada anak-anak supaya sentiasa mengingati ibu bapa semasa dia masih hidup lagi. Hargailah pengorbanan seorang ibu dan jangan sesekali mengguriskan perasaan mereka hanya kerana sedikit perlakuan dan tindakan kita. Jaga tutur kata sewaktu bercakap dengan ibu bapa. Jangan terlalu ikut perasaan hanya untuk menegakkan yang salah.
Itulah yang saya selalu pesankan kepada anak-anak agar mereka tidak lupa diri. Bila susah, ibulah tempat kita mengadu. Bila senang jangan lupa akan jasa ibu bapa walaupun mereka tidak pernah meminta itu dan ini daripada anak-anak tapi cukuplah dengan menggembirakan hati mereka. Jangan membuatkan ibu tertunggu-tunggu panggilan daripada seorang anak. Cukup dengan bertanya khabar,cukup dengan memanggil ibu untuk sekali sehari.
Saya akui, kadang-kadang kita akan resah jika tidak melihat wajah ibu. Kadang-kadang kesibukkan waktu menyebabkan saya terleka seketika untuk melihat emak saya. Resahnya hati, Allah sahaja yang tahu. Bila tidak dapat menjengahnya pada waktu siang, saya akan bersantai pada waktu malam. Alhamdulillah kerana saya tinggal berhampiran dengan rumah emak. Tidak timbul masalah untuk saya berjumpa dengan emak dan ayah setiap hari.
Menjaga tutur kata sewaktu berbicara dengan emak amat penting. Baik dengan emak mentua mahupun emak sendiri. Agar tidak terluka di hati mereka.

Sumber Text: Pena Kasih

سَلَامٌ قَوْلًا مِن رَّبٍّ رَّحِيمٍوَٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَلَا تُشۡرِكُواْ بِهِۦ شَيۡـًٔ۬ا‌ۖ وَبِٱلۡوَٲلِدَيۡنِ إِحۡسَـٰنً۬ا وَبِذِى ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡيَتَـٰمَىٰ وَٱلۡمَسَـٰكِينِ وَٱلۡجَارِ ذِى ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡجَارِ ٱلۡجُنُبِ وَٱلصَّاحِبِ بِٱلۡجَنۢبِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُكُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن ڪَانَ مُخۡتَالاً۬ فَخُورًا
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.
(Surah An Nisa 4: Ayat ke 36)
 
Download Facebook Profile Picture ini dan Upload Di Facebook Anda (Klik di sini untuk download) atau klik pada gambar di bawah (1) klik kanan tetikus anda seterusnya (2) 'Save As' dan upload (3) di gambar profil Facebook anda.



Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!

0 Responses to " Hari-Hari adalah Hari Ibu "

Leave a Reply