Catatan terkini

Navigation : Home / / Article : Baruku kenal.. hehe

Baruku kenal.. hehe

Ahad, 29 November 2009 | No Comments | Labels :



Assalamu'alaikum warrahmatullahi wabarakatuh..
Apa khabar semua? Moga-moga makin sihat di Hari Raya Aidul Adha ini.. Posting ni ana sajer posting nk kongsi berita agak cambest bagi ana.. Petang tadi dalam pukul 4/5 family ana ajak la ke rumah 2 pupu ana.. Ana malas laa juga nak pergi mula-mula, yer la 2 pupu tu jauh kan.. ana pon tak kenal.. At Last, ana pergi juga laa umah 2 pupu ana dekat tepi PERKESO (btul x ana eje ni..) sebab nak kenal-kenal dengan saudara-mara ana yang jauh ni.. Pastu bila smpai, ana tengok kat petunjuk arah yang ada bunga mangga ke rumah 2 pupu ana ni.. Eh! cam kenal jer nama DAUDSU tu, macam nama pemain bola sepak negeri Kelantan dan Kebangsaan jer.. Dalam hati ana, "ceh apa la 2 pupu ana ni nak bajet famous sampai guna nama DAUDSU".. hu3.. Bila sampai kat umah 2 pupu ana tu, nampak ombak merah.. Hati ana mula lah pelik, "Aik, takkan laa.." pastu keluar 2 pupu ana selaku pengantin lelaki tuu.. Tengok-tengok, eh DAUDSU betol la yang pemain bola sepak tu.. Ana dengan sepupu ana pun tergelak dan senyum lebar laa... Sebab tak percaya family ana ni ada saudara yang agak hot.. Jadi bangga lah rasa, he3.. dan kesempatan tu sempat juga la ana ambik gambae.. tapi ana tak bergambar cuma tolong ambil gambar sepupu ana dengan DAUDSU jer.. ini gambarnya..



Nak tahu tak kenapa nama dia DAUDSU? Sebenarnya namanya DAUD, tapi sebab dalam keluarga ana ni ada satu keluarga yang di panggil CHE SU.. Dia agak berada laaa, jadi Mak & Ayahnya inginkan keterunan kaya tu ada pada keluarganya.. Lalu di tambahlah nama SU kat belakang tu.. Jadilah DAUDSU, dan kena lah pada nama SU tu sebab dia antara yang berada dalam adik beradiknya yang lain, yer la kan pemain bola sepak negeri dan kebangsaan..


Cantik tak kit/jersey atas tu.. kalau nak tahu tu lah kit baru LIVERPOOL yang akan di pakai pada EPL musim seterusnya iaitu 2010.. Kontrak bersama Carlsberg sudah pun tamat, dan di ambil alih penaja baru iaitu HSBC.. Jadi boleh la ana nak dapatkan baju LIVERPOOL yang ori sebab dah takde Carlsberg.. Tak sabar menunggu ianya keluar.. Maaflah ana FAN LIVERPOOL yer.. hu3..

0 Responses to " Baruku kenal.. hehe "

Leave a Reply