TERSENTAK
Di petik dari, http://nessasyahirah.blogspot.com/2008/10/thursday-october-16-2008-makluman.html
Thursday, October 16, 2008
Thursday, October 16, 2008
MAKLUMAN PENUTUPAN MAAHAD DARUL ANUAR
Ruj. Kami: MADA 01/07/002(06)
Tarikh: 15 Syawal 1429 / 15 Oktober 1429
Kepada:
Ibu, bapa atau penjaga
Assalamua'alaikum wr wbt.,
Tuan/puan,
MAKLUMAN PENUTUPAN SEKOLAH
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa SMU (A) Maahad Darul Anuar akan ditutup dan diserahkan kepada pihak swasta bermula Januari 2009.
3. Sehubungan dengan itu, pihak Yayasan Islam Kelantan akan memindahkan guru dan pelajar ke sekolah keloloan YIK yang lain. Mana-mana pelajar Tahfiz yang berminat untuk meneruskan ke pengajian tafiz bolehlah memilih sekolah berikut.
a) SMU (A) Al-Kauthar (Tahfiz Lelaki sahaja)
b) SMU (A) Tarbiah Dinniah, Bunut Sarang Burung (Tahfiz Lelaki & Perempuan)
Urusan perpindahan ini dibuat mulai sekarang di pejabat sekolah. Bersama-sama ini, pihak sekolah turut sertakan borang pilihan sekolah kepada pelajar Maahadarul Anuar untuk diisi. Sila hantarkan kembali sebelum atau pada 2 November 2008.
4. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi bahagian Hal Ehwal Murid, YIK di talian 09-7126315.
Semoga makluman ini mendapat tindakan yang sewajarnya daripada tuan/puan.
Sekian, terima kasih.
"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
Yang menurut perintah,
MOHD BAHARUDDIN B MOHD NOOR
Pengetua
SMU (A) Maahad Darul Anuar
tersentak...
Fateha,Adik saya yang masih menuntut di sekolah ini dan sedang menjalani peperiksaan PMR menghubungi saya petang tadi.
"Kak..tau skolah nak tutup?"lembut suara fateha tak berjaya menenangkan hati saya
"Tutup?tak kot..kata nak jadi swasta.."saya segera menafikan.
"memanglah..tapi Kitorang dah dapat surat ..siap dengan borang lagi,suruh pilih skolah mana nak.."
butir bicara fateha masih terngiang-ngiang di telinga saya,akhirnya,persoalan yang menerjah di benak terjawab akhirnya bila saya menziarahi teratak Badan latihan Dakwah Islamiah (baladi),sekolah saya,nah,disitu tertera sejelasnya surat yang Fateha katakan petang tadi.
satu persatu kenangan disekolah terhebat dihati saya itu menerjah,rindu,akhirnya perkataan itu sebenarnya yang saya cari-cari,rindu pada bangunan sekolahnya,rindu pada asramanya,rindu pada sahabat,rindu pada guru-guru,rindu pada kantin,rindu pada makanan yang kami jamah saban hari,rindu pada padang botak dihadapan asrama tempat kami bermain sehari-hari , dan kehendak Allah,saya tidak diberi peluang melawat ke MADA sekalipun selepas saya bejalan meninggalkannya.
dan dengan kehendak Allah,perancangan saya dan sahabat-sahabat untuk menganjurkan satu program mega buat adik-adik di Mada melebur selepas surat ini saya baca.
mungkin ramai dari sahabat saya yang masih tidak mengetahui tentang tempat jatuh bangun kita bakal ditutup.tempat pertelingkahan kita bakal hilang sinarnya,tempat taut pelukan ukhwah kita bakal ditukar namanya,tempat usapan air mata yang mengalir dari tangan sahabat dek kegagalan suatu masa dulu bakal gersang tanahnya.tempat sorakan sahabat dek kejayaan kita bakal kelam serinya,entah,kita sememangnya tidak mengetahui entah apa yang berlaku dibumi itu.
saat berebut turun tangga bimbang dicatit nama oleh pengawas,saat dirotan beramai-ramai dihadapan aspura,saat bertingkah pendapat dengan Musyrifah,saat diam menbisu dek takut akan peperiksaan yang bakal menjelma,saat berborak mesra menceritakan kenangan masing-masing,saat menongkah dahi bebicara tentang cita-cita sebelum lena dibuai mimpi,saat dinobat sebagai president badan dakwah banat,saat saat bertukus lumus menyiapkan persiapan minggu Ilmiah,saat tidak tidur malam dek sakan menyiapkan persiapan hari guru....semua itu saya sematkan kukuh dalam hati dan minda.
biar apa konflik yang berlaku,mungkin ada hikmah tersembunyi,jangan kita bebas menunding jari,moga ada hati yang berpuas hati,moga ada mulut tersenyum gembira.
Buat adik-adik yang kini masih berperang dengan peperiksaan,lupakan sebentar apa yang berlaku,moga nanti tabah menghadapi perpisahan dengan sahabat-sahabat.
ingat!kita produk sekolah Tok Guru,tunjukkan hasilnya dari ceramah Tok Guru yang kita dengar sehari-hari,walau dimana kita dicampak dan tercampak, janji pada diri kita mesti jadi contoh terhebat.
walau dimana kita menuntut ilmu,yang penting kita keluar sebagai insan berakhlak,berguna pada semua.
MADA,seGAH namanya,itu yang kita sematkan dalam hati.segala-galanya kita serahkan pada Allah.InsyaAllah,kalau ada jodoh,Allah pertemukan kita lagi..

Aspura
video pengubat rindu,amik kat youtube.
video pengubat rindu,amik kat youtube.