i-KOMIK : MAFRAQ, Nantikan
BISMILLAH AR-RAHMAN AR-RAHIM..
31 Mac 2011,
10.16 malam, Mafraq.
Assalamu'alaikum wr wbt.
Apa khabar semua? lama juga tidak mengupdate laman web ibnuyusuf (dot) net. Alhamdulillah 2-3 hari ini baru ada modal untuk berbicara dan berkongsi selepas melukis gambar di atas semalam. Apa kaitannya? kaitannya disini, selepas menonton animasi terbaru yang kini sedang ditayangkan di Mlaysia iaitu Boboi Boy telah memberi semangat sepenuhnya untuk ana melukis di atas. Melukis apa yer? Melukis untuk cuba-cuba membuat komik kembali selepas lama meninggaalkan dunia lukisan dan berkomik ketika darjah 5 dan 6 lagi. Lama betul, ketika itu, ana bersekolah di SEK. KEB. BUKIT LOSONG, KUALA TERENGGANu. Bertemu dengan seorang sahabat bernama Imran Rasid selaku best student UPSR sekolah itu dan tahun itu juga. Dialah yang mengasah bakat melukis ana, kalau tidak, rasanya lukisan ana mungkin macam cacing-cacing lagi. Imran ni walaupun best student, dia tak lah 24 jam dengan rasanya banyak masanya dengan komik. dan playstation ketika itu. Hebat bukan? hehe.. Ana sambung balik, masa darjah 6 tu kami ama-sama buat komik tapi tak sempat siap pon. Buat pon suka-suka jer, dan selain tu kami buat perkhidmatan melukis apa-apa watak kartun, ingat lagi satu lukisan 50 sen, nampak macam pelik tapi yang penting laku tau.. Sungguh memori ana ni susah nak padam. Itu sahaja kot, untuk flashback sebab ana tiada kejayaan pun dalam melukis cuma berjaya melukis dengan cara yang lebih betul dan lukisan itu menjadi dan berupa manusia.
Sambung kambali kepada tajuk asal, sebenarnya, yang buat ana teruja kembali pada mulanya apabila menjenguk laman-laman blog di bawah naungan Persatuan Mahasiswa Malaysia Republik Arab Mesir (PMRAM), selepas teruja dengan PMRAM MULTIMEDIA CENTRE (PMC), ana redah sedikit lagi lalu ana terjumpa laman konik al-fityan PMRAM, memang teruja dan kepingin sangat, melihat sebuah persatuan komik di pimpin dari kalangan mahasiswa islam iaitu seorang ustaz, sungguh menakjubkan rasanya. Kejayaan mereka hingga dapat membuat bengkel melukis, membuat komik, mewarna dan macam-macam lagi selain menjadi kartunis PMRAM. Di situ terasa kehebatan siswa islam sebnar, sebab kebanyakan siswa islam kita hari ini banyak menggunakan cara salah, dah lah tidak membuat komik sendiri, pastu copy paste orang lain punya, di padamkan nama pelukis asal dan mengganti nama mereka. aalngkah sedihnya bukan. Namun ketika itu cuba terasa teruja dan keinginan nak lihat bumi Jordan ini seperti di Mesir.
Namun selepas hadir Boboi boy inilah yang membuatkan semangat melukis kembali datang, melihat comelnya watak Boboi boy, Yaya yang bertudung, tok aba yang berkopiah. Hebat! Jadi dari itu inil;ah cubaan pertama ketika di usia ana yang sudah semakin tua setelah lama tidak melukis dan berkomik dan melukiskan watak kartun ala-ala manga seperti Boboi boy menjadi untuk menyambung perjuangan dakwah dalam ruang media lukis ini walau ana sendiri tidak adakah ianya berjaya atau separuh jalan seperti di sekolah rendah dahulu. Insya'allah dengan ikhlas kita pasti berjaya, nantikan cubaan pertama ana, i-KOmik (islamci komik atau ibnuyusuf komik pon boleh) yang berjudul MAFRAQ. Kenapa mafraq? nantikan sahaja.. doakan ana jika ianya baik.
REVOLUTION IN ISLAMIC MEDIA!