tv-KMKJ : Tetamu Dataran Syam KMKJ 2011/12
Ketika saya menulis ini, sudah hampir terbenamnya matahari.
Saya selalu merasa sayu melihat pemandangan matahari terbenam. Ini kerana, terbenamnya matahari, bermakna perginya lagi satu hari daripada himpunan hari-hari dalam kehidupan seorang hamba.
Sudah banyak hari saya lalui, entah ada lagi atau tidak esok untuk saya. Kita biasa hanya akan sedar apabila sesuatu itu akan berakhir.
Perlawanan bola sepak misalnya, apabila perlawanan akhir orang akan berpusu-pusu menontonnya di stadium atau di kaca televisyen. Begitu juga dengan rancangan-rancangan drama. Bila sampai episod akhir, maka penonton khususnya peminat drama itu tidak melepaskan peluang menonton.
Jadilah 'blogstarz' dan kunjungi http://web.iluvislam.com untuk meralisasikannya dan dapatkan segera pakej hosting bermula serendah RM69 setahun dan promosi diskaun 50% merdeka DOMAIN .MY sekarang juga! Gunakan kod kupon MY50MERDEKA.
Sesungguhnya perpisahan itu adalah sesuatu yang sangat memberatkan. Kita bila kena berpisah dengan keluarga, tentu rasa sedih. Berat hati hendak meninggalkan mereka.
BERSIAP SEDIA SEKARANG
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu juga, bahawasanya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah naik mimbar seraya berkata :
"Amin.. Amin.. Amin.."
Para sahabat bertanya kepada Baginda : "Ya Rasulullah, engkau naik mimbar kemudian mengucapkan amin, amin, amin..?"
Sabda Baginda: "Sesungguhnya Jibril datang kepadaku, dan dia berkata:
"Barangsiapa yang datang kepadanya Ramadhan tapi tidak diampuni dosanya maka akan dimasukkan Neraka dan akan Allah menjauhinya, katakanlah "Amin", maka aku pun mengucapkan Amin.."
Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah 3/192 dan Ahmad 2/246 dan 254 dan al-Baihaqi 4/204 dari jalan Abu Hurairah. Hadis ini shahih, asalnya terdapat dalam Shahih Muslim 4/1978.
Hadis ini sepatutnya sudah memadai untuk mencetuskan rasa gerun.
Ramadhan tahun ini sudah meninggalkan kita. Apakah kita akan melalui Ramadhan akan datang dengan lenggang kangkung lagi? Andai masih diberi kesempatan..
Sumber Text: Akhirat Duniaku
Download Wallpaper Dengan Pelbagai Saiz
Download Di Sini | Size Availability
Muat Naik (Upload) Wallpaper ini di Facebook dan Tag kawan-kawan anda untuk kongsi Nasihat serta Pahala, InsyaAllah.