Weird incident! - Kejadian aneh
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.
Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.
Malangnya ucapan-ucapannya yang bernas dan panjang lebar itu telah tidak di beri liputan yang sewajarnya di dalam media massa – baik di dalam akhbar-akhbar utama mahupun di dalam media letronik seperti TV dan radio. Hal ini dapat difahami kerana hampir kesemua alat media massa yang penting di negara ini berada di bawah kawalan kerajaan Barisan Nasional.
Kerjaya awal sebagai ahli politik
Oleh kerana agama dan politik itu saling kait mengait dan tidak boleh dipisahkan, maka Tuan Guru akhirnya telah menceburkan dirinya di dalam kegiatan politik tanahair. Beliau memilih PAS oleh kerana parti itu memperjuangkan Islam dan bercita-cita untuk menegakkan sebuah pemerintahan Islam di negara ini.
Pembabitan beliau di dalam politik tanahair melalui PAS tidaklah pula sampai beliau mengabaikan penglibatannya di bidang dakwah dan pendidikan agama.
Mulai tahun 1967 Tuan Guru Haji Nik Abdul Azizl mula menyertai PAS. Dalam tahun yang sama beliau telah dipilih untuk bertanding dalam suatu pilihanraya kecil di Kelantan. Beliau menang di dalam pilihanraya kecil itu.
Sejak itu hampir setiap kali pilihanraya, beliau sentiasa memenangi kerusi Parlimen yang ditandinginya iaitu Kerusi Parlimen Pengkalan Chepa. Malah Pengkalan Chepa telah muncul sebagai kubu PAS dan sejak dahulu hingga sekarang kerusi Parlimen Pengkalan Chepa tidak pernah dapat ditawan oleh UMNO atau BN.
Mengetuai Dewan Ulama PAS Pusat
Memandang kepada ketokohan dan kewibawaannya sebagai seorang ulama, beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan PAS untuk mengetuai Dewan Ulama PAS Pusat mulai akhir tahun 1960an.
Selaku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sering mengingatkan ahli-ahli PAS dan umat Islam di negara ini agar mematuhi kesemua ajaran Rasulullah SAW. Bukannya mengambil bahagian-bahagian tertentu dan membuang bahagian-bahagian yang lain yang dirasa bercanggah dengan kepentingan peribadi.
Kerajaan contoh
Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.
Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak – dalam dan luar negeri – Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.
Berikut ialah klip video yang dimaksudkan:
http://www.youtube.com/watch?v=p2jPd0Yj1JQ
dan
http://www.youtube.com/watch?v=JFspzltSmUw
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=4667
Moga anda berada dalam ketenangan dengan nikmat Islam dan Iman yang dikurniakan Allah kepada hambaNYA.. Kali ini, cuma mahu anda semua menilai sendiri dua gambar kat bawah nie.. nilai dengan iman dan taqwa.. bandingkan masih adakah lagi pemimpin di dunia ini yang mewarisi gaya kepimpinan khalifah-khalifah negara Islam yang terdahulu seperti Saidina Abu Bakr, Umar,Othman, Umar Ibn Abdul Aziz dan lain-lain... Fikirkan..
Satu lagi cerita terbaru.. dalam kehebatan kerajaan Islam Hadhari ingin menolong rakyat ini ada ura-ura (terdapat dalam akhbar) yang mengatakan tarif elektrik akan diNAIKKAN.. dan pak cik samy vellu juga akan menghantar cadangan kepada kabinet untuk MENAIKKAN kadar tol.. Semua barang mesti baik punya..tidak ada yang turun jika anda memilih BN kerana ia singkatan kepada Barang Naik..! salam syifa'..
"Inilah mahligai pemimpin UMNO, pembela Islam Hadhari.."
"Ini pula mahligai pemimpin tertinggi PAS pembela Islam hakiki.."
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.
Ingin berjumpa dengan beliau..? Tak susah.. Tidak payah buat temu janji.. Anda hanya perlu ke Dewan Zulkifli, Kota Bharu setiap hari Jumaat kerana di situlah beliau memberi kuliahnya setiap minggu. Pada setiap kali waktu subuh, khususnya hari Jumaat, jika anda hadir ke masjidnya untuk bersolat, jangan terkejut pula jika anda bertemu ramai ibu-bapa yang membawa bayi-bayi untuk dicukur jambulnya oleh Tuan Guru.. Dan jika anda ke rumah beliau di waktu beliau lapang.. jangan terkejut juga jika beliau sendiri yang mengangkat dulang air untuk anda sebagai tetamu..(pengalaman yang dialami sendiri)..Ini belum termasuk gaji bulanannya yang dipotong demi masa depan dan kebaikan kerajaan yang dipimpinnya..
Justeru, anda cari lah seorang Menteri Besar yang lain di Malaysia ini yang memberi kuliah agama kepada rakyatnya tanpa mengenal jemu..setiap minggu pula tu..! Carilah juga seorang Menteri Besar yang bersama rakyat sehingga sanggup membuat perkara-perkara sekecil-kecilnya kerana rakyat seperti muncukur jambul bayi yang baru dilahirkan..dan carilah juga seorang Menteri Besar lain yang sanggup memotong wang gajinya sendiri kerana rakyat!..Carilah..!
Inilah antara beribu sebab yang membuktikan kepimpinan Tuan Guru amat disayangi dan disegani di negeri Kelantan. Kepimpinan yang membawa manhaj Islam hakiki bukan Hadhari.. UMNO ingin merampas Kelantan..? Beli cermin dan cermin muka dulu.. Rakyat Kelantan sesekali tidak akan membenarkannya..!Hidup Islam.. Membangun Bersama Islam..!
Kita seringkali menghukum mereka yang berada didalam "zaman kegelapan" seolah-olah "tiadak ada lagi harapan" untuk berubah. Kadangkala setiap kali kita melintasi mereka, berbagai kata-kata, sumpahan, hinaan dan kejian yang kita lontarkan kepada mereka.
KUALA TERENGGANU, 23 Sept: PAS menyifatkan usaha Umno untuk memburukkan PAS melalui Tragedi Berdarah Batu Burok ‘menjadi senjata makan tuan’ apabila rakyat membenci parti itu ekoran peristiwa itu.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali berkata, senjata Umno itu makan tuan apabila polis menggunakan peluru hidup dalam kejadian itu sehingga mencederakan dua orang awam selepas terkena tembakan polis.
Suwandi Abdul Ghani, 37 dan Muhamad Azman Aziz, 21 cedera parah dan terpaksa menjalani pembedahan selepas terkena tembakan polis dalam kejadian pada 8 September itu.