Catatan terkini

Navigation : Home / / Article : Lesbian / Tomboy / Pengkid

Lesbian / Tomboy / Pengkid

Sabtu, 24 November 2007 | No Comments | Labels :

Assalamualaikum.

Pagi tadi, sedang ana surf internet cari bahan-bahan untuk video semperna sambutan Hari Guru bagi PASTI Al-Khautsar Pasir Gudang, ana terserempat dengan satu halaman web yang memaparkan gambar yang ana kira suatu perkara yang amat "
membanggakan" orang-orang Melayu (Islam) di Malaysia.

Dulu-dulu, fenomena Lesbian, Tomboy, Pengkid ini merupakan amalan atau tabiat biasa orang-orang barat, tapi kini anak-anak melayu degan rasa bangganya mengistiharkan bahawa mereka ini tergolong dalam golongan-golongan tersebut. Ini merupakan satu "
kejayaan" besar bagi orang-orang Melayu-Islam di Malaysia. "Berkat" hasil didikan Sistem pendidikan, Sosial, dan Intergrasi budaya acuan barat ini, maka lahirlah "siswazah-siswazah" yang berkelulusan Pengkid, Tomboy, dan Lesbian.


Teringat zaman ana "jahiliah" dulu-dulu, boleh tahan la "jahiliahnya", cumanya, kami pada zaman itu tidaklah dengan bangganya "mem'publish'kan" apa yang kami buat. Segan la jugak dengan orang lain. tapi bersalahan pulak dengan budak-budak zaman sekarang, dengan bangganya "mem'publish'kan" segala perbuatan 'jahiliah'nya, malah sehingga wujudnya halaman-halaman web yang memperjuangkan nasib golongan songsang ini.

Jika dilihat didalam halaman web komuniti seperti myspace, friendster dan sebagainya, mereka ini dengan tidak segan silu mengistiharkan diri mereka sebagai "
pencinta wanita" sedangkan mereka ini sendiri adalah seorang wanita! Begitulah kiranya, "kejayaan" anak-anak melayu kita sehingga ke tahap ini. Wallahualam.

0 Responses to " Lesbian / Tomboy / Pengkid "

Leave a Reply