IKLAN MAJALAH PUTRA 2011
Siapa yang datang menghunuskan cabar,
Maha suci Allah Fisabilillah,
Siapa menentang semangat terbakar seruan dikhabar,
Pedang Allah temu tombak dan hanjar,
Tiada luka jadi saksi,
Diam kata hati ke hati,
Satu tentang satu mata di mata,
Pedang di muka penuh rahsia..
Telahpun terkalam dalam sejarah,
Maha suci Allah Fisabilillah,
Tunduknya panglima berani dan gagah di medan maruah,
Dengan kalimah Maha Suci Allah,
Hati terbuka bagai janji,
Sujud rela kasih abadi,
Berpadu tenaga menegakkan Islam bersatu kuasa..
Sucilah jiwa,
Inayah dari-Nya,
Membawakan rahmat meneguh kota,
Yang berjihad mulia,
Akhirnya kekal syahid di syurga..
Maha suci Allah Allah,
Allah Maha Besar Maha Besar,
Maha Suci Allah Allah,
Allah Maha Besar Maha Besar,
Benar kalimah dalam hidayah,
Fisabilillah kasih cinta nan indah,
Maha suci Allah Allah,
Allah Maha Besar Maha Besar..
Ya Rahman Rahman,
Ya Rahim Rahim,
Ya Rahman Rahman Ya Rahim..
Fisabilillah - Firdaus
Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Serendah RM5 Sebulan*
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ جَـٰهِدِ ٱلۡڪُفَّارَ وَٱلۡمُنَـٰفِقِينَ وَٱغۡلُظۡ عَلَيۡہِمۡۚ وَمَأۡوَٮٰهُمۡ جَهَنَّمُۖ وَبِئۡسَ ٱلۡمَصِيرُ
Wahai Nabi! Berjihadlah (menentang) orang-orang kafir dan orang-orang munafik, serta bertindak keras terhadap mereka dan (sebenarnya) tempat mereka ialah Neraka Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
(Surah At-Tahrim 66 : Ayat 9)
Download Facebook Profile Picture ini dan Upload Di Facebook Anda (Klik di sini untuk download) (1) 'Save As' dan upload (2) di gambar profil Facebook anda.
Marilah kita semua sama-sama bertaqwa ke hadrat Allah s.w.t. Dengan menjalankan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Sesungguhnya bertaqwa kepada Allah itu merupakan cahaya yang menyinari kehidupan setiap mukmin. Manakala keingkaran dan kemungkaran merupakan kegelapan yang membawa kesesatan kepada seseorang
Di antara tanda-tanda ketaqwaan kepada Allah ialah seseorang itu sentiasa mencintai kebenaran dan kesejahteraan, sentiasa menegakkan keadilan dan membenci segala kemungkaran dan kezaliman. Untuk menegakkan kebenaran dan keadilan, umat Islam memerlukan keupayaan, kekuatan dan persediaan yang secukupnya. Sepertimana dengan firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 60 :
Maksudnya : "Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya."
Sudah menjadi lumrah dunia, bahawa setiap yang lemah akan dipandang hina, dikhianati, dizalimi dan dicerobohi oleh mereka yang kuat dan perkasa. Manakala mereka yang kuat dan perkasa akan dipandang hebat dan dihormati, digeruni dan ditakuti. Hal ini telah dilakar dalam sejarah manusia sejak dahulu hingga kini. Pada hari ini pun situasi seperti ini pun masih lagi berlaku iaitu sikap biadap, angkuh dan zalim yang dilakukan oleh tentera-tentera Israel ke atas rakyat dan Negara Palastin dan Lubnan. Setiap hari kita dipertontonkan perilaku kezaliman yang tidak berperikemanusiaan tentera-tentera zionis terutamanya kepada kanak-kanak dan wanita-wanita yang tidak berdosa. Dunia hanya memerhati dan memandang sepi apa yang berlaku di bumi Palastin dan Lubnan. Tiada negara kuat dan berkuasa yang benar-benar berusaha untuk menghentikan segala kekejaman dan kezaliman tentera-tentera zionis tersebut.
Malah pertubuhan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pun semacam tiada taring untuk menyelesaikan perkara ini. Bagi kita orang-orang Islam, sudah tentu kekejaman tersebut merupakan sikap kebiadapan luar biasa bagi setiap manusia. Apatah lagi kezaliman tersebut berlaku di bumi Palastin yang terdapat di dalamnya Masjid Al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam. Bumi Palestin pada satu ketika dahulu merupakan sebuah kota yang dipenuhi dengan pelbagai tamadun manusia yang gilang gemilang. Untuk makluman kita semua bahawa bumi Palastin adalah merupakan bumi para Anbia kerana ramainya para nabi dan rasul muncul dan lahir di sana. Antaranya Nabi Ibrahim a.s., Nabi Yusuf a.s. dan Nabi Ismail a.s.
Tetapi kini ianya dirampas oleh rejim Yahudi melalui perancangan dan tipu muslihat yang halus melalui Perjanjian Bolfoor pada tahun 1917. Bermula dari situlah umat Islam di Palastin ditindas dan dihalau ditanah milik mereka sendiri. Akhirnya rakyat Palastin menjadi pelarian di tanah air mereka sendiri. Kini, seluruh umat manusia seolah-olah sudah lupa hakikat ini dengan membiarkan segala macam kejadian dan pembunuhan demi pembunuhan yang dilakukan, sedangkan mereka ini memang telah dilaknat. Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 78 :
Maksudnya : "Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab Zabur dan Injil) melalui lidah nabi Daud dan nabi Isa ibnu Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh)"
Pencorobahan demi pencerobohan terhadap bumi Palastin, dan yang terbaru adalah pencerobohan di Lubnan. Pencerobohan tersebut merupakan siri-siri keganasan betapa kejam dan zalimnya rejim Zionis terhadap manusia lain. Tanpa mengira siapa, bayi, kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua. Perlakuan kezaliman ini merupakan impian rejim Zionis kerana mereka ingin menegakkan Negara Isreal Raya atau "The Greatest Isreal".
Sesungguhnya paparan pencerobohan dan kezaliman tentera Zionis ke atas bumi Palastin dan Lubnan bukan hanya sebagai bahan rintihan dan keluhan umat Islam sahaja. Apa yang pentingnya ialah umat Islam perlu bersatu dengan menyatakan sokongan kepada rakyat dan Negara Palastin dan Lubnan. Malah perlu mengutuk sekeras-kerasnya perilaku tentera rezim Zionis ini.
Penderitaan yang ditanggung oleh mereka ini sesungguhnya amat berat, lebih berat dari mata yang memandang. Janganlah dibiarkan mereka terus dimamah oleh rejim zionis yang sentiasa benci terhadap umat Islam. Jangan dibiarkan bumi Allah ini dikuasai oleh orang-orang yang menghina Allah dan angkuh dengan kekuatan sendiri yang hanya bersifat sementara.
Dalam menghadap strategi ini umat Islam perlu bersatu dalam hal-hal pemikiran, sokongan moral, sokongan harta benda, menghulur barangan ubat-ubatan dan rawatan. Menentang dan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan rejim Zionis. Malah umat Islam dilarang keras untuk duduk bersekongkol dengan mereka seperti Sabda Rasulullah s.a.w. :
Bermaksud : "Daripada Abi Said al-Khudri r.a. telah berkata : Sabda Rasulullah s.a.w.: Sesungguhnya kamu akan mengikut perjalanan orang-orang yang terdahulu daripada kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga jika mereka masuk ke lubang biawak nescaya kamu akan mengikutinya, kami bertanya wahai Rasulullah, adakah Yahudi dan Nasrani (akan menjadi ikutan) jawabnya : siapa lagi." (Hadis riwayat Muslim)
Hadis di atas menghuraikan kepada kita bahawa setiap perjalanan kita mestilah diatur rapi bukan hanya mengikut perancangan orang lain, jika tidak kita akan terperangkap didalam perancangan mereka dan dengan mudah mengikut segala telunjuk mereka.
Akhirnya mimbar jumaat pada hari ini ingin mengajak semua umat Islam merenung peristiwa-peristiwa pahit ini untuk dijadikan sandaran bagi menguatkan lagi persaudaraan sesama umat Islam walau dimana kita berada serta juga dijadikan peringatan kepada umat Islam di Negara-negara lain yang masih bebas dari cengkaman ini agar semuanya sentiasa memelihara agama Allah dengan melaksanakan perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan semua larangan-Nya.
Antara perkara-perkara yang patut umat Islam renungkan, iaitu :
1. Umat Islam tidak boleh berdiam diri di atas keganasan dan kezaliman yang berlalu di bumi Palestin dan Lubnan. Marilah kita menghulurkan bantuan segera kepada mereka dengan secepat mungkin, sekurang-kurangnya memohon doa kepada Allah s.w.t. agar ditamatkan kekejaman ini dengan segera.
2. Umat Islam patut sedar dan insaf serta sering bermuhasabah diatas segala perlakuan dan tindakan yang dilakukan agar tidak menjadi balasan kerana kelalaian sendiri. Hendaklah sedar bahawa setiap amal kebaikan dan kebajikan seseorang di dunia ini akan dibalas dengan balasan pahala dan syurga kenikmatan di akhirat. Manakala bagi orang-orang yang ingkar dan durhaka kepada Allah akan diberi pembalasan dan seksaan. Sepertimana firman Allah dalam surah As-Saffat ayat 39 :-
Maksudnya : "Dan kamu tidak dibalas melainkan (dengan balasan yang sepadan) dengan apa yang kamu telah kerjakan".
3. Umat Islam hendaklah bersatu hati menegakkan Islam di bumi Allah ini, ini sahaja cara yang boleh kita lakukan, hendaklah kita laksanakan. Jika tidak, tidak mustahil bumi Malaysia juga akan menjadi sasaran mereka. Kerana kita jangan lupa puak Zionis ini tidak pernah lupa untuk menakluki dan menguasai dunia. Dengan erti kata lain mereka tidak menjadi pemimpin terhadap umat Islam. Apa akan jadi jika cita-cita mereka ini tercapai ?
Marilah kita semua masyarakat, tak kira bangsa hendaklah bersatu mengutuk perbuatan kejam ini dan memohon kepada Allah agar perbuatan kejam ini dibalas sewajarnya dan semoga penderitaan umat Islam di Palastin dan Lubnan akan dibalas dengan kemenangan di akhirat. Firman Allah dalam Surah al-Insan ayat : 3 – 4
Maksudnya : "(Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan rasul) akan jalan2 (yang benar dan yang salah), (maka terserahlah kepadanya) samaada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menjadi menderhaka). ( dalam pada itu), sesungguhnya kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau mendurhaka): beberapa rantai dan belenggu serta neraka yang menjulang-julang "
Sumber Text: Bakit
Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Serendah RM5 Sebulan*
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ جَـٰهِدِ ٱلۡڪُفَّارَ وَٱلۡمُنَـٰفِقِينَ وَٱغۡلُظۡ عَلَيۡہِمۡۚ وَمَأۡوَٮٰهُمۡ جَهَنَّمُۖ وَبِئۡسَ ٱلۡمَصِيرُ
Wahai Nabi! Berjihadlah (menentang) orang-orang kafir dan orang-orang munafik, serta bertindak keras terhadap mereka dan (sebenarnya) tempat mereka ialah Neraka Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
( Surah At-Tahrim 66 : Ayat 9)
Download Wallpaper Dengan Pelbagai Saiz
Download Di Sini | Size Availability
Muat Naik (Upload) Wallpaper ini di Facebook dan Tag kawan-kawan anda untuk kongsi Nasihat serta Pahala, InsyaAllah.
Ramadhan di Jordan, tak akan lengkap tanpa kisah malam 27.
Ya. Apa ada pada malam 27 Ramadhan di Jordan?
Ada sesuatu yang istimewa. Ada satu pesta. Pesta yang menghidupkan jiwa-jiwa. Ada satu jamuan, jamuan yang mengisi hati-hati. Ada satu majlis, majlis yang meneguhkan ruh-ruh. Semuanya pada malam 27, dan tradisi ini berterusan memberikan kegembiraan pada manusia yang benar-benar merasa.
Jadi saya hendak berkongsi dengan pembaca.
Berkenaan kisah malam 27 Ramadhan di Jordan.
Saya tidak tahu dari mana tradisi ini datang, atau kefahaman ini wujud. Tetapi, orang arab seakan-akan telah sepakat bahawa lailatul qadr adalah pada malam 27 Ramadhan. Jadi, tradisi di sini, pada malam 27, masjid-masjid akan mengadakan majlis iktikaf dari selepas tarawih hinggalah subuh.
Namun, berkenaan kefahaman ini, sehingga kini belum pernah lagi saya mendengar seorang pun pensyarah saya di Yarmouk yang menyokong hal ini secara penuh. Cuma mereka akan berkata:
"Moga-moga Allah kurniakan kita lailatul qadr pada malam ini" Atau "Semoga ibadah kita pada malam ini, ibadah lailatul qadr".
Jadi kita tinggalkan permasalahan malam 27 adalah malam lailatul qadr. Rasulullah SAW pun tak sebut malam lailatul qadr itu bila.
Saya hendak cerita, bagaimana malam ini digunakan dengan bersungguh-sungguh oleh manusia yang ingin menghidupkan jiwa-jiwa mereka.
Sememangnya, Ramadhan adalah pesta ibadah. Pada saya, kemuncak pesta itu kalau di Jordan adalah pada malam 27.
Masjid telah penuh semenjak Isya'. Kalau sebelum ini, jemaah memang sudah agak ramai mengisi hampir penuh satu masjid, pada malam 27, bilangan jemaah akan bertambah ramai hingga melimpah keluar dari masjid. Ini bukan metafora atau hiperbola, ini adalah realiti yang berlaku pada malam 27.
Bukan orang tua sahaja, bukan orang yang sihat sahaja, tetapi segala jenis orang, dari pelbagai lapisan usia, hadir pada malam 27. Orang tua yang solat di atas kerusi, berpuluh-puluh wujudnya di masjid. Anak-anak kecil, juga berada di masjid. Remaja, pemuda, semua membanjiri masjid malam itu.
Sebaik sahaja tarawih tamat, ada kuliah disampaikan oleh Dr Towalbeh. Pakar hadith di Yarmouk. Penyampaiannya perlahan, menusuk hati. Saya nampak dengan mata kepala saya sendiri, betapa masjid sepi tanpa suara apabila penyampaian Dr Towalbeh berjalan. Ya, masjid yang besar itu, segala isinya sedang menumpukan perhatian.
Entah kenapa, hati saya bergetar-getar sepanjang saat itu. Ada kata-kata Dr Towalbeh yang kadang-kadang menyengat hati, menyedarkan diri. Memang bermakna.
Ceramah Dr Towalbeh tamat pada jam 10.30 malam. Kemudian jemaah diberikan waktu bebas selama setengah jam. Pada masa bebas ini, saya melihat ramai yang tidak duduk kosong sahaja. Kebanyakannya bangun menyambung solat sunat malam, dan sebahagian pula membaca Al-Quran. Orang-orang tua tidak pula pulang ke rumah, mereka berehat di dinding-dinding masjid. Anak-anak dan remaja juga bertahan di masjid.
Tepat pukul 11.00 malam, qiam pun bermula. Tahajjud diimami oleh Sheikh Makmun, imam masjid Universiti Yarmouk. Sheikh Makmun membaca ayat Al-Quran perlahan-lahan. Setiap rakaat amat panjang. Namun yang ajaibnya, semua jemaah tidak pula lari. Mereka bertahan dan terus mengikuti. Walaupun anak-anak kecil. Semuanya bangkit berdiri, menjadi makmum di belakang imam.
Solat tahajjud 8 rakaat, tamat sekitar jam 1.00 pagi. Sekitar 1.10 pagi, Dr Eisy Lababneh, pakar tafsir di Universiti Yarmouk pula memberikan penyampaian. Masjid masih penuh. Walaupun ada beberapa orang sudah mula pulang. Penyampaian berjalan sehingga jam 1.30 pagi, sebelum jemaah sekali lagi diberikan waktu bebas.
Seperti tadi, waktu bebas diisi bukan dengan perkara kosong. Ramai yang bangun menyambung solat sunat malamdan membaca Al-Quran. Ketika ini, ramai juga yang pulang. Masjid menjadi sedikit lengang dari tadi. Saya fikir, momentum mereka sudah menurun, dan keriangan malam ini sudah berakhir.
Namun jangkaansaya silap. Apabila Dr Adnan Khutotobah memberikan ceramahnya pula pada jam 2.30 pagi, Masjid kembali penuh dengan lautan manusia. Pada saat solat tahajjud berjemaah dimulakan pada pukul 3.00 pagi pula, bilangan jemaah kembali melimpah hingga keluar masjid.
MasyaAllah...
Apakah kekuatan ini?
Saya tidak tahu hendak bicara bagaimana. Tetapi hati saya macam ada satu lompatan kegembiraan. Seakan jiwa terisi. Hati rasa bahagia. Tambah pula melihat anak-anak sekecil umur 5 tahun, bertahan berdiri solat qiam bersama orang-orang tua. Tidak pula bermain-main di luar seperti kebiasaannya di Malaysia. Bertahan pula sepanjang malam, tidak tidur.
Solat tahajjud berjemaah berjalan sekitar sejam. 8 rakaat lagi. Pada pukul 4 pagi, program berakhir. Ramai orang pulang untuk bersahur. Masjid kembali penuh pada waktu subuh, yakni pukul 5 pagi. Sheikh Makum tidak memanjangkan bacaan solat pada waktu Subuh hari ini, mungkin meraikan para jemaah yang bertungkus lumus malam itu. Jarak waktu antara azan dan iqamah(yang biasanya setengah jam) juga dipendekkan kepada 10 minit sahaja.
Pagi itu, hati rasa lapang, jiwa rasa tenang.
Bukan mudah nak dapat suasana begini.
Bagaimana di tempat anda?
Ya, mungkin mudah untuk kita lihat beberapa orang manusia,sekumpulan kecil, bangun beriktikaf sepanjang malam sedemikian rupa. Tetapi adakah mudah untuk sebuah masjid yang besar, dipenuhi lebih lagi dari waktu Solat Jumaat pada sepanjang malam, dari lepas tarawih hinggalah ke waktu subuh.
Bukan mudah.
Tetapi di sini, inilah realitinya.
Berakhirlah malam 27 yang penuh bahagia. Penuh pengisiannya. Penuh penghayatan.
Moga Allah izinkan saya menjejakkan hati saya ke dalam malam ini sekali lagi. Moga Allah izinkan juga, saya dan kita semua, untuk menjadikan kesungguhan kita setiap hari, sama dengan kesungguhan orang-orang yang beriktikaf di masjid Universiti Yarmouk yang saya ceritakan ini.
Sumber Text: Langit Ilahi
Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Serendah RM5 Sebulan*
لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٌ۬ مِّنۡ أَلۡفِ شَہۡرٍ۬
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
( Surah Ali-Qard 97 : Ayat 3)
Download Wallpaper Dengan Pelbagai Saiz
Download Di Sini | Size Availability
Muat Naik (Upload) Wallpaper ini di Facebook dan Tag kawan-kawan anda untuk kongsi Nasihat serta Pahala, InsyaAllah.
Manusia mudah lalai dan lupa. Itu fitrah manusia. Sebab itulah ada kalanya kita sen
a ng tergelincir sekali gus terperangkap dengan bisikan syaitan. Akibatnya kita terjerumus di lembah dosa seperti zina.
Namun, apabila tersedar diri telah tersalah langkah, apa salahnya kita cepat-cepat berpatah balik. Sama seperti kita memandu kenderaan di jalan raya. Jikalau enggan membuat 'u-turn' selepas tersedar sudah tersalah jalan, tentu semakin jauh kita tersasar dan bertambah banyak pula yang kita bakal rugikan.
Bagaimanapun, berpatah balik sahaja tidak cukup. Sebaliknya kita perlu bertaubat dan 'menyuci' diri. Hidayah datang dari Allah. Justeru, jikalau tiba-tiba rasa tersedar dan terdetik untuk berubah, maka bertaubatlah kerana Dia Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.
Dalam surah An-Nur ayat 31 Allah ada berfirman: "Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang beriman, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan."
Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Serendah RM5 Sebulan*
وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَـٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَاۖ وَلۡيَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِہِنَّۖ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوۡ ءَابَآٮِٕهِنَّ أَوۡ ءَابَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآٮِٕهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ أَخَوَٲتِهِنَّ أَوۡ نِسَآٮِٕهِنَّ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُهُنَّ أَوِ ٱلتَّـٰبِعِينَ غَيۡرِ أُوْلِى ٱلۡإِرۡبَةِ مِنَ ٱلرِّجَالِ أَوِ ٱلطِّفۡلِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يَظۡهَرُواْ عَلَىٰ عَوۡرَٲتِ ٱلنِّسَآءِۖ وَلَا يَضۡرِبۡنَ بِأَرۡجُلِهِنَّ لِيُعۡلَمَ مَا يُخۡفِينَ مِن زِينَتِهِنَّۚ وَتُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
( Surah An-Nur 24 : Ayat 31)
Download Wallpaper Dengan Pelbagai Saiz
Download Di Sini | Size Availability
Muat Naik (Upload) Wallpaper ini di Facebook dan Tag kawan-kawan anda untuk kongsi Nasihat serta Pahala, InsyaAllah.
Ibrahim Al Khawas ialah seorang wali Allah yang terkenal keramat dan dimakbulkan segala doanya oleh Allah. Beliau pernah menceritakan suatu peristiwa yang pernah dialaminya. Katanya, "Menurut kebiasaanku, aku keluar menziarahi Makkah tanpa kendaraan dan kafilah. Pada suatu waktu, tiba-tiba aku tersesat dan kemudian aku bertemu dengan seorang rahib Nasrani (Pendeta Kristian) ". Ketika dia melihatku dia pun berkata, "Wahai rahib Muslim, bolehkah aku bersahabat denganmu?".
Ibrahim segera menjawab, "Ya, tidaklah aku akan menghalangi kehendakmu itu". Maka berjalanlah Ibrahim bersama dengannya selama tiga hari tanpa meminta makanan sehingga rahib itu menyatakan rasa laparnya kepadaku, katanya, "Tidaklah aku ingin memberitahukan padamu bahwa aku telah menderita kelaparan. Karena itu berilah aku sesuatu makanan yang ada padamu".
Mendengar permintaan rahib itu, lantas Ibrahim pun memohon kepada Allah dengan berkata, "Wahai Tuhanku, Pemimpinku, Pemerintahku, janganlah engkau mempermalukan aku di hadapan seteru engkau ini".
Belum selesai Ibrahim berdoa, tiba-tiba turunlah hidangan dari langit berisi dua keping roti, air minum, daging masak dan tamar. Maka mereka pun makan dan minum bersama-sama. Sesudah itu aku pun meneruskan perjalananku. Setelah tiga hari tanpa makanan dan minuman, dikala pagi, aku pun berkata kepada rahib itu, "Hai rahib Nasrani, berikanlah kepadaku sesuatu makanan yang ada padamu". Rahib itu menghadap kepada Allah, tiba-tiba turun hidangan dari langit seperti yang diturunkan kepadaku dulu".
Sambung Ibrahim lagi, tatkala aku melihat yang demikian itu, maka aku pun berkata kepada rahib itu "Demi kemuliaan dan ketinggian Allah, tiadalah aku makan sehingga engkau memberitahukan (hal ini) kepadaku". Jawab rahib itu, "Hai Ibrahim, tatkala aku bersahabat denganmu, maka aku mengenal kemuliaanmu, lalu akupun memeluk agama engkau. Sesungguhnya aku telah membuang-buang masa di dalam kesesatan dan sekarang aku telah mendekati Allah dan berpegang kepadaNya. Dengan kemuliaan engkau, tiadalah Allah mempermalukan aku. Maka terjadilah kejadian yang engkau lihat sekarang ini. Aku telah mengucapkan seperti ucapanmu (kalimah Syahadah)".
"Maka gembiralah aku setelah mendengar jawaban rahib itu. Kemudian aku pun meneruskan perjalanan sehingga sampai di Makkah Al Mukarramah. Setelah kami mengerjakan haji, maka kami tinggal dua tiga hari lagi di tanah suci itu. Suatu ketika, rahib itu tidak kelihatan olehku, lalu aku mencarinya di Masjidil Haram, tiba-tiba aku mendapatinya sedang bersembahyang di sisi Ka'bah". Setelah rahib itu selesai bersembahyang maka dia pun berkata, "Hai Ibrahim, sesungguhnya sudah dekat perjumpaanku dengan Allah, maka jagalah olehmu persahabatan dan persaudaraanku denganmu".
Setelah dia berkata begitu, tiba-tiba dia menghembuskan nafas terakhirnya. Seterusnya Ibrahim menceritakan, "Maka aku merasa amat berduka atas kepergiannya. Aku segera mengurus jenazahnya dan pemakamannya. Ketika tidur aku bermimpi melihat rahib itu dalam keadaan yang begitu elok sekali tubuhnya, dihiasi dengan pakaian sutera yang indah". Melihat hal itu, Ibrahim pun terus bertanya, "Bukankah engkau sahabatku, apakah yang telah dilakukan oleh Allah terhadap engkau?".
Dia menjawab, "Aku berjumpa dengan Allah dengan dosa yang banyak, tetapi dimaafkan dan diampuniNya semua itu karena aku berprasangka baik kepadaNya dan Dia menjadikan aku seolah-olah bersahabat dengan engkau di dunia dan bertetangga dengan engkau di akhirat".
Begitulah persahabatan diantara dua orang yang berpengetahuan dan beragama sehingga memperoleh hasil yang baik. Walaupun orang tersebut dulunya beragama lain, tetapi berkat keikhlasan dan pengabdiannya kepada Allah, dia ditunjukkan pada agama Islam dan bisa mendalami ajaran-ajarannya".
Sumber Text: Halaqah
Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Serendah RM5 Sebulan*
فَفِرُّوٓاْ إِلَى ٱللَّهِۖ إِنِّى لَكُم مِّنۡهُ نَذِيرٌ۬ مُّبِينٌ۬
(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata.
(Surah Az-Zariyat 51 : Ayat 50)
Download Facebook Profile Picture ini dan Upload Di Facebook Anda (Klik di sini untuk download) (1) 'Save As' dan upload (2) di gambar profil Facebook anda.
Tak tahu disebalik suka dan duka,
Ada hikmah yang disediakan olehNYa,
Jangan berputus asa bila ia menimpa,
Redha dan pasrah itulah lumrah..
Mahukah kita semua terus terjatuh,
Hingga tiada tempat untuk kita berlabuh,
Bukanlah masa untuk kita mengeluh,
Bukanlah waktu untuk asyik mengadu..
Dari itu jangan berpaling haluan,
Ke arah matlamat yang telah kita sasarkan,
Masih banyak yang belum kita terokai,
Di depan pasti bahagia menanti..
Teruslah kau terus mencuba,
Lupakan segala duka lara,
Usah putus asa,
Segala dugaan menimpa,
Pastikan nanti ada hikmahnya,
Usah putus asa..
Putus asa bukanlah penyudahnya,
Ayuh teruskan langkah serta berwaspada,
Mungkin hari ini kita berdiri luka,
Esok harap menjadi milik kita semula..
Tulisan ini hanya luahan hati,
Bukan aku menagih belas simpati,
Biar apa pun kehidupan menanti,
Sabar menerima ketentuan Ilahi..
Kesilapan silam jadikan landasan,
Hidup bukan seindah dimpikan,
Terus melangkah jangan menoleh lagi,
Segala yang dimpikan menjadi pasti..
Kita rentas bersama samudera,
Layarkan bahtera harapan dan cita..
Itulah janji dari Ilahi,
Jika kau susah diakan pasti,
Teruskan mendaki puncak yang tinggi,
Capailah impi lukisan hati,
Cubalah engkau terus mencuba,
Hingga kau tiba ke puncak jaya,
Ingatlah kita semua di dunia,
Bukan milik kita,
Milik yang Esa,
Ya milik yang Esa..
Usah Putus Asa - Akbar & Mirwana
Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Serendah RM5 Sebulan*
وَجَزَٮٰهُم بِمَا صَبَرُواْ جَنَّةً۬ وَحَرِيرً۬ا
Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.
( Surah Al-Insan 76 : Ayat 12)
Download Wallpaper Dengan Pelbagai Saiz
Download Di Sini | Size Availability
Muat Naik (Upload) Wallpaper ini di Facebook dan Tag kawan-kawan anda untuk kongsi Nasihat serta Pahala, InsyaAllah.