Assalamu'alaikum wr wbt.. Pertamanya, kami (ELHAM) memohon seribu kemaafan kerana sekian lama menyepi atas faktor-faktor tertentu. Tapi kini kami muncul kembali dengan sedikit kejutan kepada anda semua yang selama ini sentiasa memberi sokongan kepada perjuangan kami. Kami harap kemunculan wajah baru ELHAM ini dapat diterima oleh anda semua, khususnya penyokong setia kami yang dikasihi. Dengan kemunculan wajah baru ini, kami akan meneruskan matlamat perjuangan DAKWAH menerusi industri nasyid ini.
Mungkin anda semua tertanya-tanya apa sebenarnya yang telah berlaku menyebabkan ELHAM muncul dengan wajah baru ini. Secara ringkasnya kami ingin menyatakan tidak ada sebarang masalah yang berlaku antara ahli kami. Cuma ini disebabkan oleh faktor Amir dan Faizul terpaksa mengundur diri atas sebab tidak dapat mengikuti pembikinan album kompilasi yang bakal muncul tidak lama lagi, ini juga disebabkan faktor pengajian yang menghalang mereka untuk bersama dengan kami. Walaubagaimanapun Amir dan Faizul tetap menjadi tulang belakang ELHAM dan ukhwah antara kami tetap terjalin hingga ke akhirnya.
Berkenaan ahli baru ELHAM ini merupakan inisiatif kami untuk meneruskan perjuangan ELHAM, terutama bagi pembikinan album kompilasi yang bakal bermula tahun hadapan. pertemuan antara kami tidaklah perlu menjadi satu tanda tanya kepada anda semua. Pertemuan dan perpisahan itu adalah ketentuan ALLAH SWT, kita sebagai hamba hanya mampu merancang. Namun sebaik-baik perancangan dan ketentuan itu adalah dari ALLAH SWT. Justeru harapan kami adalah agar perjuangan ELHAM akan sentiasa mendapat keredhaan ALLAH SWT.
ELHAM DULU, KINI DAN SELAMANYA.. TULUS INGATAN BUAT AMIR DAN FAIZUL..
Akhir sekali, kami perkenalkan dua ahli baru kami dengan segala hormatnya :
NAMA : MOHD NURMAN BIN GHAZALI
ASAL : TERENGGANU
TARIKH LAHIR : 7 OKTOBER 1987
HOBI : MENYANYI, DECORATION
PENDIDIKAN : DIPLOMA PENGURUSAN TEKNOLOGI, KOLEJ TEKNOLOGI DARUL NAIM
"KADANG-KADANG ALLAH SEMBUNYIKAN MATAHARI DI BALIK AWAN MENDUNG, DIA DATANGKAN PETIR DAN GURUH, KITA TERCARI-CARI DIMANAKAH MATAHARI, TETAPI RUPA-RUPANYA ALLAH MEMBERI KITA PELANGI.."
NAMA : MUHAMMAD JUNDULLAH BIN OTHMAN
ASAL : TERENGGANU
TARIKH LAHIR : 3 OKTOBER 1986
HOBI : BERSUKAN, BERNASYID
PENDIDIKAN : DIPLOMA PENGURUSAN TEKNOLOGI, KOLEJ TEKNOLOGI DARUL NAIM
"PENGALAMAN TIDAK BOLEH DICIPTA, TETAPI PENGALAMAN PERLU DICARI"
MUKHAYYAM SOFWAH MUKHTARAH 2009 - khusus untuk lepasan SPM & STAM 2009 (LELAKI SAHAJA) - bg mbka mata ttg fikrah anda sblum memasuki IPT
Tarikh : 20-22 Disember 2009 Tempat : Gelora Beach Resort Bachok Pendaftaran : Jam 10 pagi (20 Disember)
* Sebarkan kepada yang berkenaan * Anjuran Usrah Ustaz Nasrudin Mahmud Muhaidin, Ustaz Nik Abduh, Ustaz Nik Hamdi, Ustaz Nor Azariza, Ustaz Masri, Ustaz Zamri dan lain2 lagi..
Assalamu'alaikum wbt.. Untuk makluman pengunjung, ana dengan sukarelanya memberitahu antum semua telah meningkatkan lagi mutu blog ana dengan warna yang lebih ceria, iaitu warna HIJAU. Warna kegemaran ana. Nak tahu apa yang ada disebalik hijau? Berdasarkan berita yang sahih, baginda memakai baju hijau dan serban hitam. Hijau adalah warna kesukaan Nabi.
Allah s.w.t. menciptakan alam ini berwarna. Warna mengajak kita memperhati gelagat alam dan memikirkan keajaibannya. Hati menyebut `Maha Suci Allah', apabila sesuatu keajaiban itu disingkap untuk kita saksikan. Alam ini mengkagumkan kita. Tidak hairan jika ada yang sanggup menghabiskan umurnya untuk mengkaji serangga sekecil semut. Penggunaan warna hijau menggambarkan satu perlambangan yang bersih, baru dan segar. Bumi ini dipenuhi kehijauan. Daun, sayuran dan pelbagai tumbuhan kebanyakannya mempunyai pigmen hijau. Di dalam al-Quran juga menyatakan syurga dan kehijauan di dalamnya. Firman Allah s.w.t. bermaksud: Kelihatan syurga itu hijau tua warnanya. (Ar-Rahman 55:64). Perumpamaan di dunia, warna hijau dianggap positif. Manusia Muslim mengambilnya sebagai simbol kepada keindahan, supaya ingat dan tidak lupa kepada keindahan besar di akhirat. Tetapi ini tidak bermaksud Islam hanya menganjurkan warna hijau. Sekali lagi warna adalah neutral. Mengapa seorang Muslim jarang menggunakan lambang warna api, merah mungkin boleh kita fahami.
Dan untuk pengetahuan, ana juga telah menukarkan logo baru bagi ibnuyusuf corporation studio.. jemput bagi pandangan..
Kisah Engkau dan aku sahabat... sebuah video dihasilkan oleh NIK MOHD SYAMIM IYLIA BIN MAT YUSOFF a.k.a. ibnuyusuf corporation studio khas untuk santapan sahabat-sahabat. Video ini juga didedikasikan sebagai tanda pengharagaan, terima kasih kepada anda semua yang bergelar sahabatku.. Memandangkan faktor kesihatan makin merudum, jadi ana hasilkan video ini khas untuk sahabat-sahabat kerana mungkin ana tidak sempat meminta maaf kepada anda semua andai selepas ini nyawa ku tak terhela lagi dan andai allah telah menjemputku.. Video ini ana bertekad hasilkan walau pun bukanlah hasil terbaik, namun harap sahabat semua fahami apa yang lubuk hatiku ini sampaikan..
Sesungguhnya ana amat merindui kamu semua sahabtku..
Video ini terutamanya khas untuk; - MUHAMMAD RAID BIN ABDUL RAHMAN (USJ) - MUHAMMAD ADLI BIN SAMSUDIN (USJ) - MUHAMMAD FAIZ BIN MUSTAFA (USJ) - AQILA IZZATY (USJ) - MUHAMMAD SYAMIM BIN EMBONG (LOSONG) - AHMAD FAIZ BIN MOHD (LOSONG) - NUR IZZAH AMANINA BINTI ABDULLAH (LOSONG) - MUHAMMAD NAUFAL BIN MOHD NASRI (MADA) - MUHAMMAD NAIM BIN MOHD SABRI (MADA) - MUHAMMAD IRHAM BIN JAMALUDDIN (MADA) - ALLAHYARHAM MUHAMMAD UWAIS AL-QARNI BIN ISMAIL (MADA) - MUHAMMAD ADDIN BIN BAHARUDDIN (MADA) - MUHAMMAD FAKHRI BIN ABDUL HALIM (MADA) - NIK HASSAN BIN NIK MUHAMMAD - NIK HUSSEIN BIN NIK MUHAMMAD - AHMAD SHAKIRIN BIN ABDUL KARIM (MADA) - NUR IZYAN FARHANAH BINTI ABDUL HAMID (???) - MUJAHIDAH NASUHA (MADA30) - NURUL NAZLIN BINTI SUHAIMI (MANS) - NABILA SYAZANA (MANS) - NUR AIN BINTI ABDULLAH (HALAQAH.NET) - NUR ATIKA MASILIN (SAHABAT ARWAH UWAIS DI SABAH) - ROSLAN (AREBUDDY) - HAZMAN (AREBUDDY)
SERTA USTAZ NASRUDIN MAHMUD MUHAIDIN..
dan lain2 lagi yang mengenali dan yang tidak tersebut.. hayati initipati video ini
Pertemuan...telah ditakdirkan antara kita tidak pernah dirancangi manalah takdir hendak dilawan semuanya ketentuan tuhan
wahai sahabat sematkan semua kenangan yang telah bersama sama kita lalui suka dan duka memburu impian moga teguh..nya ikatan ini
sahabat...yang amat ku kasihi..(kasihi..) susah senang kau disampingku(di sampingku..) kehadiran dikau disisi...(sahabatku) mengubat sepi dihatiku
wahai sahabat sematkan semua kenangan yang telah bersama-sama kita lalui suka dan duka memburu impian moga teguhnya ikatan ini
sahabat...yang amat ku cintai...(cintai..) susah senag kau disampingku(di sampingku..) walau kini hilang dimata..(sahabatku..) namun kau tetap dihatiku..(sahabatku..)
ooo... sahabat bertuahnya ku rasa mendapat teman sepertimu membimbing menasihatiku hanya satu dalam beribu
ooooooo...... sahabat yang amatku cintai susah senang kau disampingku walau kini hilang dimata namun kau tetap dihatiku
namun kini hanyalah tinggal kenangan pertemuan kita dilamat perpisahan kemesraan bermekar diakhir perkenalan sayup menitiskan air mataku
Salam alayk semua, semua ex-MADA.. WAJIB BUKA LINK NI, yang bukan ex-MADA pun wajib buka LINK ni -> http://theunspinners.blogspot.com/2009/12/mystery-nik-aziz-ambil-sekolah-yayasan.html dalam ni nak bagitahu, UMNO semakin terdesak.. kerana nak menjatuhkan TOK GURU NIK AZIZ.. mereka mula melibatkan kisah MADA dulu pasal Nik Omar.. TOLONG SEMUA, ana seru semua ex-MADA bangkit.. Tolong buktikan pada UMNO2 sekalian, tentang isu MADA ini sudah lama selesai dan jangan sekali melibatkan PAS dan TOK GURU dalam hal ini.. Bagang la UMNO, xtaw hal skolah kita main reka jer.. isu lama gila pla tuu...
2 hari lepas satu kumpulan dipercayai didalangi Ibrahim Ali dan Umno telah berhimpun di perkarangan pintu masuk Kota Darul Naim bagi mendesak Tok Guru Nik Aziz meletak jawatan MB.
Insyaallah,pada Jumaat ini 4 Disember 2009,jam 10 pagi bertempat di Dataran Ilmu KB,rakyat Kelantan yang sayangkan Tok Guru diajak turun beramai-ramai berhimpun secara aman bagi menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada YAB TUAN GURU DATO NIK ABDUL AZIZ B. NIK MAT sebagai MB Kelantan.
Assalamu'alaikum warrahmatullahi wabarakatuh.. Apa khabar semua? Moga-moga makin sihat di Hari Raya Aidul Adha ini.. Posting ni ana sajer posting nk kongsi berita agak cambest bagi ana.. Petang tadi dalam pukul 4/5 family ana ajak la ke rumah 2 pupu ana.. Ana malas laa juga nak pergi mula-mula, yer la 2 pupu tu jauh kan.. ana pon tak kenal.. At Last, ana pergi juga laa umah 2 pupu ana dekat tepi PERKESO (btul x ana eje ni..) sebab nak kenal-kenal dengan saudara-mara ana yang jauh ni.. Pastu bila smpai, ana tengok kat petunjuk arah yang ada bunga mangga ke rumah 2 pupu ana ni.. Eh! cam kenal jer nama DAUDSU tu, macam nama pemain bola sepak negeri Kelantan dan Kebangsaan jer.. Dalam hati ana, "ceh apa la 2 pupu ana ni nak bajet famous sampai guna nama DAUDSU".. hu3.. Bila sampai kat umah 2 pupu ana tu, nampak ombak merah.. Hati ana mula lah pelik, "Aik, takkan laa.." pastu keluar 2 pupu ana selaku pengantin lelaki tuu.. Tengok-tengok, eh DAUDSU betol la yang pemain bola sepak tu.. Ana dengan sepupu ana pun tergelak dan senyum lebar laa... Sebab tak percaya family ana ni ada saudara yang agak hot.. Jadi bangga lah rasa, he3.. dan kesempatan tu sempat juga la ana ambik gambae.. tapi ana tak bergambar cuma tolong ambil gambar sepupu ana dengan DAUDSU jer.. ini gambarnya..
Nak tahu tak kenapa nama dia DAUDSU? Sebenarnya namanya DAUD, tapi sebab dalam keluarga ana ni ada satu keluarga yang di panggil CHE SU.. Dia agak berada laaa, jadi Mak & Ayahnya inginkan keterunan kaya tu ada pada keluarganya.. Lalu di tambahlah nama SU kat belakang tu.. Jadilah DAUDSU, dan kena lah pada nama SU tu sebab dia antara yang berada dalam adik beradiknya yang lain, yer la kan pemain bola sepak negeri dan kebangsaan..
Cantik tak kit/jersey atas tu.. kalau nak tahu tu lah kit baru LIVERPOOL yang akan di pakai pada EPL musim seterusnya iaitu 2010.. Kontrak bersama Carlsberg sudah pun tamat, dan di ambil alih penaja baru iaitu HSBC.. Jadi boleh la ana nak dapatkan baju LIVERPOOL yang ori sebab dah takde Carlsberg.. Tak sabar menunggu ianya keluar.. Maaflah ana FAN LIVERPOOL yer.. hu3..
"Bila Unta dah tak selera makan… Kambing mula resah.. Lembu pura-pura gelisah.. Ayam je nampak cool! itu tandanya Hari Raya Korban dah nak dekat.. Selamat Hari Raya AidilAdha!!"
Nampak tak ayat ‘quote’ di atas? haa.. itu cuma sebahagian ayat SMS yang saya terima daripada rakan-rakan yang masih mengingati saya, Terima Kasih saya ucapkan.. Yang mana saya tak sempat SMS atau call, jangan marah, bukan saya lupa.. tidak, cuma kesibukan mengatasi segalanya. Walaupun sibuk saya tetap akan menlapangkan masa dalam hari yang mulia ini untuk bersama-sama semua saudara-mara demi ukhwah bersama.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan, ‘SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA BUAT SEMUA WARGA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI SELURUH DUNIA”