Catatan terkini

Navigation : Home / , , / Article : Indahnya hijau

Indahnya hijau

Khamis, 10 Disember 2009 | No Comments | Labels : , ,



Assalamu'alaikum wbt..
Untuk makluman pengunjung, ana dengan sukarelanya memberitahu antum semua telah meningkatkan lagi mutu blog ana dengan warna yang lebih ceria, iaitu warna HIJAU. Warna kegemaran ana. Nak tahu apa yang ada disebalik hijau? Berdasarkan berita yang sahih, baginda memakai baju hijau dan serban hitam. Hijau adalah warna kesukaan Nabi.

Allah s.w.t. menciptakan alam ini berwarna. Warna mengajak kita memperhati gelagat alam dan memikirkan keajaibannya. Hati menyebut `Maha Suci Allah', apabila sesuatu keajaiban itu disingkap untuk kita saksikan. Alam ini mengkagumkan kita. Tidak hairan jika ada yang sanggup menghabiskan umurnya untuk mengkaji serangga sekecil semut. Penggunaan warna hijau menggambarkan satu perlambangan yang bersih, baru dan segar. Bumi ini dipenuhi kehijauan. Daun, sayuran dan pelbagai tumbuhan kebanyakannya mempunyai pigmen hijau. Di dalam al-Quran juga menyatakan syurga dan kehijauan di dalamnya. Firman Allah s.w.t. bermaksud: Kelihatan syurga itu hijau tua warnanya. (Ar-Rahman 55:64). Perumpamaan di dunia, warna hijau dianggap positif. Manusia Muslim mengambilnya sebagai simbol kepada keindahan, supaya ingat dan tidak lupa kepada keindahan besar di akhirat. Tetapi ini tidak bermaksud Islam hanya menganjurkan warna hijau. Sekali lagi warna adalah neutral. Mengapa seorang Muslim jarang menggunakan lambang warna api, merah mungkin boleh kita fahami.

Dan untuk pengetahuan, ana juga telah menukarkan logo baru bagi ibnuyusuf corporation studio.. jemput bagi pandangan..



maksud logo :

0 Responses to " Indahnya hijau "

Leave a Reply