Catatan terkini

Navigation : Home / , / Article : Harapan Cuma Debu..

Harapan Cuma Debu..

Rabu, 23 September 2009 | No Comments | Labels : ,


Salam Alayk wbt.. Posting kali ini sajer jer nak berkongsi tentang Anugerah Media Islam Negara (AMIN) kali ke 3.. Sepertimana posting sebelum ana ada menyatakan tarikh berlangsungnya AMIN pada 7 Oktober 2009 di Dewan Plenari, PICC, Putrajaya.. Sebelum ini ana ada juga menghantar penyertaan untuk menyertai AMIN kali ke 3 ini, iaitu dalam kategori Anugerah Laman Web/Blog Organisasi Berunsur Islam Terbaik dan Anugerah Laman Web/Blog Persendirian Berunsur Islam Terbaik.. Bagi Anugerah Laman Web Organisasi, ana melampirkan laman web bekas badan dakwah sekolah ana, iaitu BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI) - http://www.baladi-malaysia.blogspot.com sebagai pencalonan dan bagi anugerah laman web persendirian ana melampirkan laman blog ana ini (http://www.ibnuyusuf.blogspot.com) sebagai pencalonan.. Namun rasanya kedua-dua penyertaan itu mungkin sekadar mimpi kosong dan mungkin terlalu tipis peluang untuk dipilih sebagai pencalonan akhir, memandangkan tarikh berlangsungnya AMIN cuma 2 minggu sahaja lagi dari sekarang. Tapi tak mengapalah, mungkin impian untuk ke AMIN kali ke 3 ini haruslah ana padam. Hajat di hati cuba menebus dari AMIN ke 2 tahun lalu yang mana laman web BALADI berjaya disenaraikan sebagai pencalonan akhir iaitu di antara 4 terbaik.. Tipulah kalau kata tiada perasaan sedih tapi ianya mungkin pembalajaran yang harus terima, memandangkan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) akan menjelma tidak lama lagi iaitu pada 19 November.. Ok lah, rasanya sampai disini sahaja posting kali ini. Mungkin selepas tiada lagi update dari ana...

Harapan Cuma Debu..

0 Responses to " Harapan Cuma Debu.. "

Leave a Reply