Catatan terkini

Navigation : Home / / Article : Imtihan SPM...

Imtihan SPM...

Jumaat, 2 Oktober 2009 | No Comments | Labels :


SPM.. SPM.. SPM.. Subhanallah.. Beberapa Hari jer Tinggal ni.. Posting kali ini, ana cuma ingin mengambil peluang kepada semua untuk memohon ampun dan maaf dari ukhwah kita sekecil debuan pasir di pantai sehingga ukhwah kita besar menggunung tinggi ini.. Mohon halal segala ilmu, makan minum, masa dan seluruh pengorbananmu.. khususnya buat si dia yang begelar GURU, seterusnya rakan-rakan seperjuangan dan permata hatiku, ayah dan bonda.. Doakan kejayaan ana pada SPM yang akan menjelang tiba pada 18 November 2009 ini. Dan jika ada rezeki doakan semoga dengan kejayaan SPM itu ana dapat menuntut cita-cita untuk menyambung ke Al Al-bayt University, Mafraq, Jordan (insya'allah).. kalau takde rezeki pun mungkin ke Multimedia Universiti (MMU) <- [kene banyak kali fikir jga ni maklum lah dari sekolah agama, tapi dah minat ke arah multimedia ni susah nak berenggang].. dan harapan ana kepada semua tolong doakan mintalah di jauhkan komputer ini start dari malam ini.. Moga-moga ini menjadi posting terakhir ana dan akan dibuka selepas spm.. Tolong ya..


Harap-harap dapat berubah setelah ribuan badai melanda di benak fikiranku. Bila nak lakukan sesuatu dan impikan sesuatu tak pernah terkabul. Dan apa yang di lakukan semuanya bermasalah. Sehingga STRESS ke tahap maximum.. Namun lagu Langkah Tercipta dari UNIC ini mendayu-dayu jer dari PC ana. Dan dari situ ana cubalah bangkit semula walau kalah dengan masalah diri (peribadi), belajar, bersama rakan, keluarga, masyarakat dan semuanyalah.. Moga langkah yang dibentangkan Allah ini dapat ana teruskan hingga penghujung dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.. maklum lah manusia, kita sering kali lalai dan alpha..

Salam Aidilfitri, Salam Kemaafan.. Doakan SPM ana..
 
Semalam aku kelukaan,kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan.

Mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH..
inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,

Haruskah aku mengalah,
namun jiwa kuberbisik,
inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),

Dan dilontarkannya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

ALLAH..
pimpinlah diriku,
untuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.

Kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
PadaMU ku meminta.

Daku mohon agung kudratMU,
Wahai Tuhan yang Satu,
Segalanya dariMU.

0 Responses to " Imtihan SPM... "

Leave a Reply