Assalamu'alaikum wr wbt.. Pertamanya, kami (ELHAM) memohon seribu kemaafan kerana sekian lama menyepi atas faktor-faktor tertentu. Tapi kini kami muncul kembali dengan sedikit kejutan kepada anda semua yang selama ini sentiasa memberi sokongan kepada perjuangan kami. Kami harap kemunculan wajah baru ELHAM ini dapat diterima oleh anda semua, khususnya penyokong setia kami yang dikasihi. Dengan kemunculan wajah baru ini, kami akan meneruskan matlamat perjuangan DAKWAH menerusi industri nasyid ini.
Mungkin anda semua tertanya-tanya apa sebenarnya yang telah berlaku menyebabkan ELHAM muncul dengan wajah baru ini. Secara ringkasnya kami ingin menyatakan tidak ada sebarang masalah yang berlaku antara ahli kami. Cuma ini disebabkan oleh faktor Amir dan Faizul terpaksa mengundur diri atas sebab tidak dapat mengikuti pembikinan album kompilasi yang bakal muncul tidak lama lagi, ini juga disebabkan faktor pengajian yang menghalang mereka untuk bersama dengan kami. Walaubagaimanapun Amir dan Faizul tetap menjadi tulang belakang ELHAM dan ukhwah antara kami tetap terjalin hingga ke akhirnya.
Berkenaan ahli baru ELHAM ini merupakan inisiatif kami untuk meneruskan perjuangan ELHAM, terutama bagi pembikinan album kompilasi yang bakal bermula tahun hadapan. pertemuan antara kami tidaklah perlu menjadi satu tanda tanya kepada anda semua. Pertemuan dan perpisahan itu adalah ketentuan ALLAH SWT, kita sebagai hamba hanya mampu merancang. Namun sebaik-baik perancangan dan ketentuan itu adalah dari ALLAH SWT. Justeru harapan kami adalah agar perjuangan ELHAM akan sentiasa mendapat keredhaan ALLAH SWT.
ELHAM DULU, KINI DAN SELAMANYA.. TULUS INGATAN BUAT AMIR DAN FAIZUL..
Akhir sekali, kami perkenalkan dua ahli baru kami dengan segala hormatnya :
NAMA : MOHD NURMAN BIN GHAZALI
ASAL : TERENGGANU
TARIKH LAHIR : 7 OKTOBER 1987
HOBI : MENYANYI, DECORATION
PENDIDIKAN : DIPLOMA PENGURUSAN TEKNOLOGI, KOLEJ TEKNOLOGI DARUL NAIM
"KADANG-KADANG ALLAH SEMBUNYIKAN MATAHARI DI BALIK AWAN MENDUNG, DIA DATANGKAN PETIR DAN GURUH, KITA TERCARI-CARI DIMANAKAH MATAHARI, TETAPI RUPA-RUPANYA ALLAH MEMBERI KITA PELANGI.."
NAMA : MUHAMMAD JUNDULLAH BIN OTHMAN
ASAL : TERENGGANU
TARIKH LAHIR : 3 OKTOBER 1986
HOBI : BERSUKAN, BERNASYID
PENDIDIKAN : DIPLOMA PENGURUSAN TEKNOLOGI, KOLEJ TEKNOLOGI DARUL NAIM
"PENGALAMAN TIDAK BOLEH DICIPTA, TETAPI PENGALAMAN PERLU DICARI"
MUKHAYYAM SOFWAH MUKHTARAH 2009 - khusus untuk lepasan SPM & STAM 2009 (LELAKI SAHAJA) - bg mbka mata ttg fikrah anda sblum memasuki IPT
Tarikh : 20-22 Disember 2009 Tempat : Gelora Beach Resort Bachok Pendaftaran : Jam 10 pagi (20 Disember)
* Sebarkan kepada yang berkenaan * Anjuran Usrah Ustaz Nasrudin Mahmud Muhaidin, Ustaz Nik Abduh, Ustaz Nik Hamdi, Ustaz Nor Azariza, Ustaz Masri, Ustaz Zamri dan lain2 lagi..
Assalamu'alaikum wbt.. Untuk makluman pengunjung, ana dengan sukarelanya memberitahu antum semua telah meningkatkan lagi mutu blog ana dengan warna yang lebih ceria, iaitu warna HIJAU. Warna kegemaran ana. Nak tahu apa yang ada disebalik hijau? Berdasarkan berita yang sahih, baginda memakai baju hijau dan serban hitam. Hijau adalah warna kesukaan Nabi.
Allah s.w.t. menciptakan alam ini berwarna. Warna mengajak kita memperhati gelagat alam dan memikirkan keajaibannya. Hati menyebut `Maha Suci Allah', apabila sesuatu keajaiban itu disingkap untuk kita saksikan. Alam ini mengkagumkan kita. Tidak hairan jika ada yang sanggup menghabiskan umurnya untuk mengkaji serangga sekecil semut. Penggunaan warna hijau menggambarkan satu perlambangan yang bersih, baru dan segar. Bumi ini dipenuhi kehijauan. Daun, sayuran dan pelbagai tumbuhan kebanyakannya mempunyai pigmen hijau. Di dalam al-Quran juga menyatakan syurga dan kehijauan di dalamnya. Firman Allah s.w.t. bermaksud: Kelihatan syurga itu hijau tua warnanya. (Ar-Rahman 55:64). Perumpamaan di dunia, warna hijau dianggap positif. Manusia Muslim mengambilnya sebagai simbol kepada keindahan, supaya ingat dan tidak lupa kepada keindahan besar di akhirat. Tetapi ini tidak bermaksud Islam hanya menganjurkan warna hijau. Sekali lagi warna adalah neutral. Mengapa seorang Muslim jarang menggunakan lambang warna api, merah mungkin boleh kita fahami.
Dan untuk pengetahuan, ana juga telah menukarkan logo baru bagi ibnuyusuf corporation studio.. jemput bagi pandangan..
Kisah Engkau dan aku sahabat... sebuah video dihasilkan oleh NIK MOHD SYAMIM IYLIA BIN MAT YUSOFF a.k.a. ibnuyusuf corporation studio khas untuk santapan sahabat-sahabat. Video ini juga didedikasikan sebagai tanda pengharagaan, terima kasih kepada anda semua yang bergelar sahabatku.. Memandangkan faktor kesihatan makin merudum, jadi ana hasilkan video ini khas untuk sahabat-sahabat kerana mungkin ana tidak sempat meminta maaf kepada anda semua andai selepas ini nyawa ku tak terhela lagi dan andai allah telah menjemputku.. Video ini ana bertekad hasilkan walau pun bukanlah hasil terbaik, namun harap sahabat semua fahami apa yang lubuk hatiku ini sampaikan..
Sesungguhnya ana amat merindui kamu semua sahabtku..
Video ini terutamanya khas untuk; - MUHAMMAD RAID BIN ABDUL RAHMAN (USJ) - MUHAMMAD ADLI BIN SAMSUDIN (USJ) - MUHAMMAD FAIZ BIN MUSTAFA (USJ) - AQILA IZZATY (USJ) - MUHAMMAD SYAMIM BIN EMBONG (LOSONG) - AHMAD FAIZ BIN MOHD (LOSONG) - NUR IZZAH AMANINA BINTI ABDULLAH (LOSONG) - MUHAMMAD NAUFAL BIN MOHD NASRI (MADA) - MUHAMMAD NAIM BIN MOHD SABRI (MADA) - MUHAMMAD IRHAM BIN JAMALUDDIN (MADA) - ALLAHYARHAM MUHAMMAD UWAIS AL-QARNI BIN ISMAIL (MADA) - MUHAMMAD ADDIN BIN BAHARUDDIN (MADA) - MUHAMMAD FAKHRI BIN ABDUL HALIM (MADA) - NIK HASSAN BIN NIK MUHAMMAD - NIK HUSSEIN BIN NIK MUHAMMAD - AHMAD SHAKIRIN BIN ABDUL KARIM (MADA) - NUR IZYAN FARHANAH BINTI ABDUL HAMID (???) - MUJAHIDAH NASUHA (MADA30) - NURUL NAZLIN BINTI SUHAIMI (MANS) - NABILA SYAZANA (MANS) - NUR AIN BINTI ABDULLAH (HALAQAH.NET) - NUR ATIKA MASILIN (SAHABAT ARWAH UWAIS DI SABAH) - ROSLAN (AREBUDDY) - HAZMAN (AREBUDDY)
SERTA USTAZ NASRUDIN MAHMUD MUHAIDIN..
dan lain2 lagi yang mengenali dan yang tidak tersebut.. hayati initipati video ini
Pertemuan...telah ditakdirkan antara kita tidak pernah dirancangi manalah takdir hendak dilawan semuanya ketentuan tuhan
wahai sahabat sematkan semua kenangan yang telah bersama sama kita lalui suka dan duka memburu impian moga teguh..nya ikatan ini
sahabat...yang amat ku kasihi..(kasihi..) susah senang kau disampingku(di sampingku..) kehadiran dikau disisi...(sahabatku) mengubat sepi dihatiku
wahai sahabat sematkan semua kenangan yang telah bersama-sama kita lalui suka dan duka memburu impian moga teguhnya ikatan ini
sahabat...yang amat ku cintai...(cintai..) susah senag kau disampingku(di sampingku..) walau kini hilang dimata..(sahabatku..) namun kau tetap dihatiku..(sahabatku..)
ooo... sahabat bertuahnya ku rasa mendapat teman sepertimu membimbing menasihatiku hanya satu dalam beribu
ooooooo...... sahabat yang amatku cintai susah senang kau disampingku walau kini hilang dimata namun kau tetap dihatiku
namun kini hanyalah tinggal kenangan pertemuan kita dilamat perpisahan kemesraan bermekar diakhir perkenalan sayup menitiskan air mataku
Salam alayk semua, semua ex-MADA.. WAJIB BUKA LINK NI, yang bukan ex-MADA pun wajib buka LINK ni -> http://theunspinners.blogspot.com/2009/12/mystery-nik-aziz-ambil-sekolah-yayasan.html dalam ni nak bagitahu, UMNO semakin terdesak.. kerana nak menjatuhkan TOK GURU NIK AZIZ.. mereka mula melibatkan kisah MADA dulu pasal Nik Omar.. TOLONG SEMUA, ana seru semua ex-MADA bangkit.. Tolong buktikan pada UMNO2 sekalian, tentang isu MADA ini sudah lama selesai dan jangan sekali melibatkan PAS dan TOK GURU dalam hal ini.. Bagang la UMNO, xtaw hal skolah kita main reka jer.. isu lama gila pla tuu...
2 hari lepas satu kumpulan dipercayai didalangi Ibrahim Ali dan Umno telah berhimpun di perkarangan pintu masuk Kota Darul Naim bagi mendesak Tok Guru Nik Aziz meletak jawatan MB.
Insyaallah,pada Jumaat ini 4 Disember 2009,jam 10 pagi bertempat di Dataran Ilmu KB,rakyat Kelantan yang sayangkan Tok Guru diajak turun beramai-ramai berhimpun secara aman bagi menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada YAB TUAN GURU DATO NIK ABDUL AZIZ B. NIK MAT sebagai MB Kelantan.