Catatan terkini

Navigation : Home / / Article : Kita Semua Adalah MPPMJ

Kita Semua Adalah MPPMJ

Rabu, 11 Mei 2011 | No Comments | Labels :



منَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلاً
Bermaksud: Di antara orang-orang mu'min itu ada orang-orang yang membenarkan apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang telah selesaikan(janji). Dan di antara mereka ada yang menunggu-nunggu dan mereka itu tidak pula merubah (janjinya),
Alhamdulillah, Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah Azzawajal, Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallah alaihi wasallam diatas nikmat-nikmat yang sangat besar yang telah diberikan sehingga ke saat ini.


Selesai sudah Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) kali ke 11 yang diadakan di Mu’tah pada tanggal 7 Mei yang melibatkan seluruh kepim pinan pelajar Malaysia di Jordan ini. MPPMJ adalah merupakan sebuah Persatuan pelajar induk di Jordan.


Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada seluruh kepimpinan yang telah memberikan kepercayaan yang tinggi kepada kami untuk terus memacu MPPMJ pada sesi ini. Namun begitu, kami sentiasa mengharapkan doa serta sokongan dan menantikan nasihat dari kalian didalam usaha merelevankan MPPMJ dikalangan ahli agar dapat melihat bersama MPPMJ terus maju kehadapan seterusnya mencapai Visinya ‘Kearah Memartabatkan MPPMJ Ke Peringkat Antarabangsa’. Semoga Allah merahmati kalian.


Amanah yang kami galas ini sangatlah berat bagi kami. Ingin saya ingatkan buat diri saya dan teman-teman seperjuangan sekalian:

Ucapan Saidina Abu Bakar As-siddiq selepas mula-mula dilantik menjadi khalifah :
أيها الناس ! فإني قد وليت عليكم و لست بخيركم فإن أحسنت فأعينوني إن أسأت فقوموني الصدق أمانة و الكذب خيانة
Bermaksud: wahai manusia.! Sesungguhnya aku telah dilantik untuk kamu, dan aku bukanlah yang terbaik dikalangan kam u, sekiranya aku benar, bantulah aku. Dan sekiranya aku salah, betulkan aku. Benar itu amanah dan menipu itu khianat.

Ucapan Umar bin Abdul Aziz rhm :
أما بعد، فإنه ليس بعد نبيكم صلى الله عليه وسلم نبي، ولابعد الكتاب الذي أنزله كتاب، ألا ما أحل الله عزوجل حلال إلى يوم القيامة وما حرمه الله حرام إلى يوم القيامة ألا لست بقاض ولكني منفذ، ألا لست بمبتدع ولكني متبع، ألا إنه ليس لأحد أن يطاع في معصية الله عز وجل، ألا إني لست بخيركم ولكني رجل منكم غير أن الله جعلني أثقلكم حملا.
Bermaksud : “Adapun selepas itu, maka sesungguhnya tiada lagi Nabi selepas Nabi kamu saw, dan tiada kitab lagi selepas kitab (al-Quran) yang telah diturunkan kepadanya. Ingatlah! Apa-apa yang telah dihalalkan oleh ALlah Azzawajal tetap halal sehingga hari kiamat. Dan apa yang telah diharamkan oleh ALLah tetap haram sehingga hari kiamat. Ingatlah! Aku bukan seorang hakim (penghukum) tetapi pelaksana, Ketahuilah sesun gguhnya aku bukan orang yang mereka-reka (mencipta) ajaran baru, tetapi hanyalah seorang pengikut ajaran ALlah dan RasuluLlah saw. Ketahuilah! Sesungguhnya aku bukanlah orang yang paling baik di antara kamu tetapi ALlah telah menjadikan aku orang yang paling berat memikul tugas.”

Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallah Alaihiwasalam merupakan sebaik-baik ikutan. Beliau diutuskan oleh Allah Azzawajal ke muka bumi ini sebagai utusan dariNYA yang membawa manusia dari kebatilan kepada kebenaran. Namum begitu, beliau tetap mempunyai tulang-tulang belakang yang sentiasa mendokong dan membantu menguatkan beliau didalam meneruskan perjuangan kebenaran. Beliau mempunyai Saidatina Khadijah yang sentiasa mendampingi dan menenangkan beliau, beliau mempunyai Saidina Abu Bakar Assiddiq yang sentiasa membantu dan membenarkan berita-berita darinya, beliau juga mempunyai Saidina Umar Al-Hattab yang gagah perkasa yang sentiasa memberi jiwanya didalam perjuangan islam begitu juga dengan Saidina Osman, Saidina Ali dan seluruh para sahabat yang sentiasa melengkapi antara satu sama lain didalam perjuangan yang kita dapat kecapi sehingga ke hari ini.

Buat teman kepimpinan sesi ini Shahirah Salwa Binti Md Harun , Mohd Arif Azfar Bin Md Ashari, Ahmad Syakir Bin Nassuruddin, Abdul Rahman Bin Mohd Sya’ari, Umme Ayman Binti Ayub, Anisatul Qalbi Binti Mohd Sofiyuddin dan seluruh kepimpinan Persatuan Zon (PZ) dan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang bakal bersama sesi ini, kalian semua adalah merupakan tulang belakang kepada MPPMJ yang akan sentiasa saling lengkap melengkapi. Saya yakin dan percaya kalian adalah yang terbaik yang sentiasa akan bersama didalam memacu MPPMJ mencapai visi dan misi kali ini sekali gus menggapai keredhaan Allah pemilik sekalian Alam.

Semoga Amanah Kepimpinan ini bukanlah dianggap satu bebanan ataupun kemuliaan tetapi ia perlulah dianggap suatu tarbiah dan peluang buat kita memperbaiki jati diri sebagai seorang daie yang mewarisi mata rantai perjuangan Rasullullah Sallallahu Alaihissalam.


MOHAMMAD HUSSIN B. MOHD FAUZI
PRESIDEN MPPMJ 2011/12


  • Download Wallpaper Dengan Pelbagai Saiz


Download Di Sini | Size Availability

0 Responses to " Kita Semua Adalah MPPMJ "

Leave a Reply