[Design] Yang Terakhir Yang Terindah
Sebulan itu 30 hari. Rasulullah membahagikan Ramadhan itu kepada tiga fasa. Fasa pertama adalah rahmat, fasa kedua pula keampunan dan fasa terakhir adalah perlepasan dari api neraka. Secara mudahnya 10 hari pertama adalah untuk rahmat, 10 hari kedua untuk keampunan dan 10 hari ketiga adalah jaminan pelepasan dari api neraka. Ramadhan dikurniakan kepada umat Muhammad dengan kelebihan-kelebihan tertentu. Antara yang terdapat dalam bulan ini dan tidak terdapat dalam era orang-orang terdahulu adalah Lailatul Qadar. Ulama berpendapat bahawa malam istimewa ini berada di celahan malam-malam 10 terakhir Ramadhan. Dan juga berada pada malam yang bernombor ganjil seperti 21, 23, 25, 27, 28, 29. Wallahua'lam. Namun sekali mendapatnya, pasti tergolong dari kalangan jutawan ibadah. Cukup bernilai hadiah yang dikurniakan Allah kepada umat Muhammad. Ramadhan juga menyimpan beberapa peristiwa besar Islam iaitu penurunan al-Quran, dari Luh Mahfuuz ke langit dunia secara sekaligus sebelum di kecil-kecilkan penurunannya ke dalam hati Rasulullah mengikut suasana samada berupa jawapan kepada soalan masyarakat dan juga menjadi asbab untuk lebih senang mengingati al-Quran itu sendiri. Tiga fasa yang disebutkan tadi, walaupun mudah dan senang saja bunyinya, namun untuk melepasinya dengan cemerlang, agak sukar kecuali bagi orang yang punya keazaman yang kuat dan istiqamah yang tinggi. Untuk itu, mintalah bantuan dari Allah, kerana tanpa bantuan dariNya, mustahil untuk kita mencapai target kejayaan Ramadhan kali ini. Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik bagi kita semua. Insya-Allah. Wallahua'lam. Jadilah 'blogstarz' dan kunjungi http://web.iluvislam.com untuk meralisasikannya dan dapatkan segera pakej hosting bermula serendah RM69 setahun dan promosi diskaun 50% merdeka DOMAIN .MY sekarang juga! Gunakan kod kupon MY50MERDEKA. تَنَزَّلُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيہَا بِإِذۡنِ رَبِّہِم مِّن كُلِّ أَمۡرٍ۬
Download Facebook Profile Picture ini dan Upload Di Facebook Anda (Klik di sini untuk download) (1) 'Save As' dan upload (2) di gambar profil Facebook anda.Informasi iluvislam.com
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
(Surah Al-Qadr 97: Ayat ke 4 )