Catatan terkini

Navigation : Home / / Article : Sudah mula bergelar PEKERJA...

Sudah mula bergelar PEKERJA...

Jumaat, 9 Julai 2010 | No Comments | Labels :



5 Julai 2010 - Alhamdulillah dengan rezki dan inayah dari Allah swt ana dah bergelar pekerja sebagai Graphic Designer atau dalam bahasa melayunya.Pereka Grafik di Syarikat Suci Sokmo Sdn Bhd. bekerja disini sebagai kontrak 2 bulan sahaja sebab sekadar mengisi masa dan mencari duit untuk meringankan bebaban ketika di Jordan nanti. Dapat kerja disini pon sebab kenalan dengan bossnya iaitu abang hamid sebab dulu bekerja sekali ketika di MUKTAMAR TAHUNAN PAS ke-56 sebagai BENTARA. Dan banyak kenalan2 pemuda-pemuda PAS Kota Bharu dan Pengkalan Chepa yang duduk promote ana kat abang hamid ni.



Duduk jer teros ada kerja, kerja pertama ana di SUCI SOKMO SDN BHD ni adalah kena buat design billboard untuk MPKB-BRI (MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU-BANDARAYA ISLAM) iaitu billboard untuk Sambutan Ihya' Ramadhan di kelantan 2010 berserta logonya, pastu disusuri dengan logo Pusat Dakwah Serantau under Yayasan Amal, pastu logo dan banner Wacana Perdana, cover buku Laporan Tahunan Doperasi Darul Qarar dan lain-lain lagi.. Kerjanya nampak simple dan senang.. Tapi sebenarnya agak memenatkan.. hu3.. sebab kena banyak berfikir.. Sebab cara ana lain sikit.. Ana suka berfikir benda di luar kotak.. Suka kepada benda lain dari yang lain.. Kononnya style dan trademark ana camtu.. Biar orang tengok sekali terus GAH.. huhu.. Tapi ana masih lagi berkhidmat secara online.. Saper nak minta design boleh jer, dan kalau nak print out sekali pun dah boleh sekarang sebab dah bekerja di kedai/syarikat printing kan sekarang.. Boleh jer cari kami di SUCI SOKMO SDN BHD, Paya Bemban, Jalan Hospital, Kota Bharu, Kelantan. Dan sape-sape yang berminat nak bekerja di SUCI SOKMO sebagai grafik designer masih dibuka lagi dan boleh hubungi nombo tel yang ada pada gamba tu.. Dan boleh datang ke kedai dgn membawa resumer.. sampai disini sahaja tulisan ana.. Doakan dipermurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan duniawi wa ukhrawi..




Wallahu'alam..

0 Responses to " Sudah mula bergelar PEKERJA... "

Leave a Reply