Catatan terkini

Navigation : Home / / Article : Tak sabar menjadi tetamu dataran SYAM, dan menjejaki bumi ISRA' : JORDAN

Tak sabar menjadi tetamu dataran SYAM, dan menjejaki bumi ISRA' : JORDAN

Sabtu, 17 Julai 2010 | No Comments | Labels :

Assalamu'alalikum.. Rindu Bau Pohon Tin karangan Abu Saif atau Ustaz Hasrizal sungguh menyentuh jiwa dan menggetar jiwaku.. Pena yg begitu syahdu dan memberi semangat untuk aku menjajaki dataran syam, bumi isra'.. Suka ana kongsikan lagu yg ditulis dan di nyanyikan oleh ustaz hasrizal disini..

















TETAMU DATARAN SYAM - http://www.saifulislam.com
Era 1990′an, bumi Jordan kaya dengan nasyid.
Sekurang-kurangnya ada tiga kumpulan nasyid yang utama pada ketika itu. Juga, setiap kumpulan nasyid itu aktif mencipta lagu sendiri setiap kali membuat persembahan. Justeru nasyid-nasyid yang dihasilkan pada zaman itu adalah alat rakaman yang merekodkan pelbagai kenangan, cerita, peristiwa, suka dan duka, asam garam hidup yang ditempuh oleh anak Malaysia di perantauan.
Mungkin dalam banyak-banyak nasyid yang pernah saya hasil dan karangkan, nasyid Tetamu Dataran Syam adalah yang paling nostalgia. Dalam segala kekurangan aspek seni bagi nasyid tersebut, sekurang-kurangnya ia berjaya merakamkan seluruh harapan yang ada di lubuk hati saya bersama teman-teman seperjuangan untuk kami wariskan kepada generasi pelapis, selagi bumi Urdun masih terbentang, selagi anak Malaysia masih bertamu mengutip mutiara hikmahnya.
Tidak lama sebelum Persidangan Tahunan Mahasiswa (Malaysia) Se-Jordan kali ke-4 melabuhkan tirainya, saya didatangi oleh sekumpulan ikhwah penasyid yang mahu lagu Tetamu Dataran Syam didendangkan semula secara live dan unplugged di bumi Mu’tah, selepas kali terakhir ia didendangkan lebih 16 tahun yang lalu.
Dalam usia yang sudah tua, nafas yang sudah nyawa-nyawa ikan, saya menerima lamaran itu hanya atas satu maksud… saya mahu keseluruhan isi kandungan PERTAMA 2010 dirumuskan di dalam nasyid berkenaan dan peserta pulang dengan satu kenangan yang berimpak.
Terimalah persembahan yang seadanya daripada kami…
TETAMU DATARAN SYAM
Tetamu di Dataran Syam ini,
Harus gagah seperti Abu Ubaidah,
Tanah yang gersang disuburkan
Dengan darah jihad dan jiwa pahlawan
Di celah pohon yang zaitun yang rendang,
Bersemadi syuhada’ pahlawan Islam,
Menanti dan terus menanti,
Hadirnya barisan waris perjuangan.
Medan ini medan yang susah dan payah,
Sesusah medan Mu’tah di puncak sana,
Dan penghuninya juga harus gagah,
Segagah Kota Karak perakam sejarah,
Di sini lah kau akan membina jiwamu,
Jiwa pembela maruah agama,
Berbekalkan ilmu,berpandukan iman,
Islam pasti akan kau merdekakan.
Ketibaanmu adik-adikku,
Ku sambut dengan seribu pengharapan,
Agar kau menjadi insan berilmu,
Dan pembela nasib agamamu.
Hatimu perlu cekal dan tabah,
Sesabar tiga sahabat Rasulullah,
Jiwamu perlu subur dengan iman,
Sesubur Dataran Syam bertuah.
Kita diajar cintakan kematian,
Bagai musuh kita cinta kehidupan,
Maka di Bumi Isra’ ini tempatnya,
Kau mengenal jihad dan perjuangan.
Tetamu DataranSyam, engkaulah harapan,
Untuk ummah melihat masa depan,
Sebagai ulama’ sebagai pejuang,
Islam pasti akan kau merdekakan,
Selamat datang Tetamu Dataran Syam!
Lagu / Lirik / Nyanyian : Hasrizal Abdul Jamil
Persembahan: Usrah al-Firdaus
Album: Gemilang 1995
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

0 Responses to " Tak sabar menjadi tetamu dataran SYAM, dan menjejaki bumi ISRA' : JORDAN "

Leave a Reply