Kita Semua MPPMJ : Sembang Mahasiswa
Soalan :
NIK MOHD SYAMIM IYLIA BIN MAT YUSOFF
1. Apa tafsiran kesatuan seluruh persatuan di Jordan pada pandangan anda.
2. Kesatuan yang macam mana yang anda anggap efektif dan efisyen
3. Oleh kerana perpecahan yang anda sebutkan, apa yang anda nampak sebab MPPMJ seperti tidak wujud.
4. Disamping kritikan yangg anda lontarkan, saya mohon jasa baik anda untuk cadangkan alternatif terbaik untuk menampakkan semula kewujudan MPPMJ dan bagaimana hendak mengembalikan kesatuan di jordan
Jawapan menurut pandangan saya :
- Pertamanya seperti saya ada katakan, MPPMJ ini nampak dimata kasar hanya muncul apabila di masa genting dan khas sahaja seperti hanya mengeluarkan pengumuman dan penyataan, dan wujud dalam program, organisasi atau pimpinan sebagai pelengkap kedudukan penasihat dan tidak pernah wujud pada mahasiswa biasa.
Jika ditanya kepada semua apa itu MPPMJ kepada seluruh mahasiswa. Saya rasa jawapannya, “MPPMJ itu Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan yang mengepalai Psatuan Zon (PZ) dan Badan Kebajikan Negeri (BKAN) lah.” Apa fungsi MPPMJ? Apa gerak kerja MPPMJ? Apa peranan MPPMJ? Apa kewajipan kita kepada MPPMJ? Jawapan biasanya yang dilontarkan, MPPMJ ini satu badan boleh dapatkan zakat melalui UNIT ZAKAT SEDEKAH (UZS), MPPMJ ini yang menganjurkan Minggu Suai Kenal, yang menjadi kepala kepada persatuan di Jordan. Di pandangan mahasiswa pula, mereka yang menyandang jawatan MPPMJ ini terdiri dari kalngan yang hebat-hebat jadi ramai yang takut untuk mendekati. Dan yang bertambah masalah MPPMJ sunyi tanpa turun padang atas tiket MPPMJ menjenguk orang bawahan. Siapa pimpinan MPPMJ pun ramai tidak kenal dan tida ketahui.
Kalau melalui program MPPMJ seperti Minggu Haluan Siswa (MHS), Karnival Sukan Mahasiswa Malaysia Se-Jordan (KARISMA) dan Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia Se-Jordan (PERTAMA), orang masih tidak sedar dan perasan bahawa itulah program MPPMJ tetapi lebih menonjolkan kepada program daripada tuan rumah (PZ). Tampak yang mengaturkan itu keseluruhannya PZ sahaja, MPPMJ sekadar hadir sebagai badan yang memantau sahaja. Namun yang diketengahkan oleh pemerhati, dengan sebutan program pelajar Mu’tah ‘suam-suam’, program pelajar Irbid ‘luar biasa’, dan program Mafraq ‘bosan’ dan lain-lain lagi. Yang timbul hanya nama mantiqah bukankn MPPMJ.
Laman MPPMJ tampak sunyi kerana setiap kali posting di keluarkan MPPMJ, ditetapkan oleh MPPMJ kepada PZ dan BKAN agar muatkan ke laman web/blog masing-masing. Jadi tidak perlu ke laman MPPMJ, cukup ke laman PZ dn BKAN mereka sahaja. Menurut yang sepatutnya berita-berita PZ dan BKAN lah dimuatkan ke dalam MPPMJ sebagai induk. Semua berita dapat ketahui dari situ sama ada MPPMJ, EMJ, KEDUTAAN, PZ masing-masing dan luar, dan BKAN masing-masing dan luar.
Segala urusan surat menyurat pun hanya dikeluarkan oleh PZ dan BKAN tiada urusan surat menyurat dari MPPMJ. Dan contoh kegagalan qorar ke luar negara, sebabnya mereka cuma memberitahu kepada mereka yang berada dalam PZ sahaja. Mereka terlupa pula tentang MPPMJ kerana sudah terbiasa dan hanya biasa bersama PZ. Kalau mereka terfikir sekalipun, akan berlaku situasi ini, “Alah! Tida apa, mereka bukan tahu pun.”
Kekuatan mahasiswa kita tidak selaras. Masing-masing berfikrah sendiri. Berperang sesama sendiri. Sehingga ramai yang suka lari dari persatuan rasmi dan mcri persatuan lanun. Bila keluarkan kenyataan pun, tiada siapa peduli dan kadang-kadang tidak tersampai kepada mreka. Mungkin akan timbul pada mereka istilah menyampah kerana setiap kali MPMMJ mengeluarkan kenyataan dan pengumuman hanya kenyataan ingin menyekat dan mengikat seperti tiada kebebasan. Kekuatan dan fikrah berbeza mengikut mantiqah kerana lain-lain cara dan penerapan kepada ahli. Sehingga ada yang menilai kekuatan dan fikrah, Siswa Siswi Irbid sosial, Siswa siswi Mu’tah Hebat, Siswa Siswi Mafraq ketinggalan dan keterbelakang, dan Siswa Siswi Amman tiada apa kategori. Tiada keselarasan, yang hebat, terus hebat seorang diri. Yang punah dan sesat terus sesat, yang ketinggalan terus terkebelakang, yang tidak tahu apa-apa terus buta. Kerana itu juga persatuan lanun seperti badan NGO yang wujud dengan haram tanpa pengiktirafan dan persatuan dibawan politik tidak dapat dihalang kerana masing-masing berfikrah dengan cara masing-masing yang lebih melengkapi dari MPPMJ. Tiada usaha menentang sepertimana usaha PMRAM yang mewujudkan KEMPEN ANTI PERSATAUN HARAM. Malah saya ada terbaca suatu komentar di web MPPMJ sendiri menyatakan MPPMJ penakut kerana takut untuk bertindak kerana hanya mampu menulis tanpa usaha. Bukan apa, kalau terlambat fikir, saya rasa suatu hari nanti semua mahasiswa lari kepada persatuan lanun ini yang makin lama makin diterima Mahasiswa/wi setempat kita dan kini berjaya memikat hati EMJ sendiri. Kerana persatuan lanun ini bijak memikirkan kekurangan persatuan rasmi dann membuat suatu uslub, ideologi, program dengan cara berfikir di luar kotak bukan memerap dalam kotak.
Corak kesatuan pada persatuan bagi saya adalah satu, bersatu, menyatu, disatukan dan bersepadu. Bagi saya, saya suka corak PMRAM yang di seluruh mantiqahnya berpusatkan satu iaitu PMRAM. Laman web, hanya satu laman PMRAM di kongsi bersama-sama ke seluruh mantiqah. Penerapan idea yang sama dalam PMRAM. Walaupun mereka ramai tetapi mereka mampu bersatu dengan satu persatuan bernama PMRAM. Segala maklumat keluar masuk, data pelajar berada di tangan PMRAM. Surat keluar masuk, hitam putih semua dari PMRAM. Andaikata suatu hari nanti Jordan berlaku KRISIS seperti Mesir pada 30 Disember 2010 lalu, bagaimanakah hendak selaraskan seluruh mahasiswa. Bimbang ada yang tercicir, ada yang dapat selamat ada yang tidak dapat selamat. Selain itu menggunakan peraturan yang sama, tiada beza antara mantiqah, tiada kata mantiqah Irbid, wanita boleh keluar malam berseorangan kerana mereka pelajar perubatan bukan pelajar agama (contoh).
Contoh konsep sama tetapi jamaah lain saya bagi ialah PAS. PAS berada seluruh Malaysia. Tetapi wujudnya PAS PUSAT, MUSLIMAT PAS, PEMUDA PAS, ULAMA’ PAS, PAS CAWANGAN dan lain-lain lagi. MENGGUNAKAN SATU IDENTITI LEBIH MUDAH BERBANDING BERBAGAI IDENTITI YANG MERUJUK KEPADA SATU. Selain itu memudahkan orang luar terutama yang tidak mengenali tentang persatuan Jordan di sini, akhirnya menimbulkan persoalan “Kenapa banyak sangat pratuan pelajar diJordan? Kenapa yang itu nama PRISMA, yang ini PERMATA, yang sana PERMAI dan satu lg PP. Apa pula MPPMJ?” Mengelirukan dan menyukarkan sehingga susah pihak dalam negara memutuskan sesuatu keputusan dengan berlainan nama persatuan yang digunakan. Bukankah lebih mudah untuk kenali persatuan di Jordan dengan hanya satu nama persatuan. Contoh persatuan universiti di malaysia yang berlainan nama persatuannya. Mereka cuba menggabungkan mahasiswa dengan kewujudan GAMIS namun tiada yang tampak. Yang tampak biasanya Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Yang ke UPSI juga PMIUM. Gamis hanya sekadar pelengkap untuk menampak gah tapi tiada kualiti pada GAMIS pada PMIUM. Berbeza dengan kuasa dan pengaruh dari Persatuann Mahasiswa yang satu lagi bernama ASPIRASI yang merasakan mereka mempunyai kuasa dari selatan ke utara bersama mereka dengan hanya satu nama, ASPIRASI.
Contoh lain ialah PAKATAN RAKYAT dan BARISAN NASIONAL, mereka mempunyai anak-anak kecil. Namun dalam sesama anak-anak kecil itulah yang menimbulkan masalah kerana berbeza fikrah sehingga membuatkan ada yang suka bergerak secara tersendiridengan penyataan sendiri seperti UMNO dan PAS yang kehadpan, yang terkadang tidak pernah diputuskan kenyataan mereka keluarkan oleh badan besar yang mereka tubuhkan sendiri iaitu PAKATAN RAKYAT mahupun BARISAN NASIONAL. Disitu sebenarnya seperti tiada wujud kesatuan, kesepaduan. Pakatan atau barisan itu dibentuk untuk mendapatkan ihsan atau pelengkap yang kurang untuk meraih sokongan,pengaruh dan undian ketika pilihanraya. Namun hakikatnya masing-masing ingin terapkan fikrah berbeza.
Cadangan alternatif saya untuk mengembalikan kesatuan ini adalah kembali kepada asal. Iaitu asal usul kita, sebagai islam kita gunakan fikrah dan fitrah islam bukan fikrah dan fitrah sosial. Sebagai rakyat malaysia, gunakan fikrah perpaduan tanpa mngira dari mana asalnya kita semua, satu negara, satu persatuan. Mengapa konsep kembali kepada asal menjadi pilihan saya? Kerana kita lupa diri dengan perkara yang diberi pinjaman apabila berada jauh. Jadi kembalilah kepada asal, kembali kepada allah jiwa akan tenang. Kembali ke kampung mengembali memori lama, kembali kepada ibubapa akan terasa damai dan terlunasnya rindu. Kembali kerumah setelah ke kuliah menghilangkan segala keletihan. Kembali ke katil melelapkan mata mengembalikan jasad yang beroh kepada tiada seperti asal jasadyang tidak tertiupnya roh. Kembali kepada asal ialah kembali kepada asal-usul kita semua iaitu tanah. Dan ertinya kita adalah SAMA dan SATU. SATU PERSATUAN UNTUK SEMUA. MPPMJ PUSAT, Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) MPPMJ, MPPMJ, Dewan Perwakilan MPPMJ (DPM) Irbid, Dewan Perwakilan MPPMJ (DPM) Mafraq, Dewan Perwakilan MPPMJ (DPM) Amman, Dewan Perwakilan MPPMJ (DPM) Mu’tah. Insya’allah dari situ MPPMJ tidak diketepikan atau di bapa tirikan lagi. Kerana keseluruhannya adalah MPPMJ. Kita Semua MPPMJ.
Ada jua pernah melontarkan kepada saya, dengan penyatuan PZ dan menukarkan kepada MPPMJ bererti kita telah menafikan usaha mereka yang telah menubuhkan PZ masing-masing dan melenyapkan sejarah dan susah payah orang terdahulu. Disini saya ingin menjawab, kita merubah nama untuk kebaikan, penyelarasan dan penyatuan, bukan memadam sejarah dan menafikan usaha orang dahulu. Sejarah itu terus dikekalkan cuma pada sejarah MPPMJ akan berlaku perubahan yang maksima di mana kita menggabungkan kesuluruh sejarah penubuhan persatuan zon bermula dari penubuhan PRISMA yang merupakan sebuah persatuan Malaysia yang pertama ditubuhkan di Jordan sehingga penukaran kesemua nama persatuan Jordan kepada MPPMJ.
MENTHOD PENJAWABAN ANA
MASA UNTUK BERFIKRAH UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH FIKRAH DEMI MENYATUKAN FIKRAH KEPADA SATU FIKRAH FITRAH ~ KEMBALI PADA ASAL
Disini saya bercakap dari sudut cadangan dan pandangan peribadi berkaitan dengan kebajikan bukan sebuah pertempuran perang. Saya susun sepuluh jari mohon maaf. Saya menulis atas dasar pemahaman, pengalaman, logik, rasa, pedli dan kehidupan. Walau saya bukanlah Muizuddin yang mampu menulis kata-kata bernas memikat rakyat Malaysia dengan Surat Terbuka PM, bukan jua Ihsan Fadhli yang mampu merungkai kata-kata hikmah, bukan jua Hussin Fauzi yang mampu melontar kata-kata haraki dan penyatuan mahasiswa. Bukan jua seperti Syarifah Nurfathiah mampu menaqalkan kata-kata ulama’, malahan ulama’ pun kurang saya kenali, apatah lagi untuk memberi nas dan dalil quran dan hadis. Apatah lagi memakan hati untuk orang lain memetik butang “like”. Inilah saya hanya mampu menulis atas dasar kehidupan dan rasa.
“KITA SEMUA MPPMJ”
NIK MOHD SYAMIM IYLIA BIN MAT YUSOFF
www.ibnuyusuf.net