Blog KMKJ atau KELAS KOMPUTER : Sembang Mahasiswa
Assalamu'alaikum wr wbt,
Hari ini saya ditadangi satu soalan oleh seorang sahabat ana Muhammad Naim Deraman dan soalannya berbunyi lebih kurang begini, “Blog Kmkj atau blog kelas komputer?''. Tanya seorang rakyat sebagai pembuka topik berborak di warung kmkj sambil pekena roti canai. Masing-masing berpaling muka tanda tidak tahu dan mencari siapa yang memulaknnya.
Bagi memulakan perbincangan bersamanya, pengakuan diri diberikan kepadanya. Saya orang yang terlibat berkaitan soalan tersebut, maaflah jika saudara mahupun yang lain terasa tersinggung atau terasa tindakan apa saya buat ini adalah salah. Cumanya disini, saya cuba menjalankan tanggungjawab dan tugas saya sebagai BIRO MULTIMEDIA dan PUBLISITI KMKJ.
Pertama sekali, memegang port-folio Biro Multimedia jadi sememangnya kerjanya ialah berkaitan media dan komputer, umumnya kita tahu bahawa wujudnya unit multimedia di dalam program-program ini kerjanya menjaga/membentuk laman sesawang, menghasilkan video atau design sampingan berkaitan program mahupun urusan dalaman dan korporat KMKJ.
Sepertimana kunjungan dan pengetahuan semua mengenai blog KMKJ, blog KMKJ terus-menerus tampak sunyi, sambutan program pun semakin suram, dengan keadaan wujudnya Warung KMKJ, jadi kebanyakkan maklumat disalurkan terus kesini sehinggakan blog KMKJ terus sunyi dan begitu juga facebook rasmi KMKJ seperti hilang sudah kewujudannya.
Sesungguhnya memegang suatu amanah itu adalah berat, lebih berat dari memikul gunung di atas bahu. Tugas menjadi pimpinan bukanlah bertindak apabila hanya disuruh, didesak mahupun bertindak sesuka hati. Akan tetapi menjadi pimpinan itu ia melibatkan seluruh perkara dan yang paling penting adalah tugas untuk memberi dan terus memberi sehinggalah sampai dan diterima ahli.
Tugas pemimpin ini juga bukanlah sekadar membuat sesuatu yang disuruh sahaja. Setelah selesai satu kerja terus dilupa dan sepertinya ia sudah tidak kenal lagi tanggungjawab yang diberi. Tetapi tugas sebenar adalah memastikan ianya sampai betul-betul ke mulut ahli apa yang disuapkan oleh seseorang itu. Fahamkah ahlinya? Sesuaikah dengan ahlinya? Kenakah dengan ahlinya?
Saya telah memegang Biro ini hampir dua sesi (2010/2011 dan 2011/12), dari sesi lepas (bersama YDP ustaz Azrai, Salam Abdullah, Syakir Mohd Nassuruddin) saya merasakan langsung tidak memberi apa-apa pada KMKJ, dan yang paling berat perkara ini yang dibawa dan disoal di AKHIRAT nanti? Betul bukan? Dan saya merasakan sedikit pun tidak usaha dan kerja yang saya (Biro Multimedia) lakukan diketahui, terasa seperti tidak sampai. Disitu salah saya bukan? Atau salah saudara? Bukan kan? Memang Benar Salah saya.
Pada sesi ini sekali lagi pihak KMKJ melamar saya sebagai biro yang sama, agak terkedu apabila mendengar alasan mereka ketika saya dilamar untuk kali kedua ini sebagai Biro Multimedia dan Publisiti dengan di katakan, "Orang kelantan kita disini tidak ramai tahu benda alah (multimedia) ini", jadi diri saya terasa terpanggil. Sebelum saya memutuskn penerimaan sebagai biro untuk sesi ini, hanya di fikiran saya adalah “Apa yang sudah saya lakukan pada sesi lalu adalah terlalu banyak khilaf dan merasakan diri tidak beramanah dengan tanggungjawab.” Kemudian saya cuba menyusun kembali apa yang hendak di lakukan pada sesi ini jika saya memegang lagi. Berbakikan pengalaman bersama KMKJ pada sesi lalu memerhati kekurangan dan kecacatan dan dengan memahami apa itu “MULTI” dan apa itu “MEDIA”. Jadi saya cuba meng-aplikasikannya dengan kajian pertama diber nama projek TV-KMKJ bersama-sama saya ketika itu YDPAH KMKJ, Ustazah Nurhidayah Bt Mohd Fadzil. Memohon izin daripadanya. Diuji dengan video “Orang lidi” di bulan Ramadhan tahun lalu (1432H/2010M) dan hasilnya saya rasa ia tersampai kepada ahli dengan masing-masing berkongsi di dada Facebook masing-masing.
Sebelum ini, saya merasakan banyak juga telah dihasilkan design dan video untuk KMKJ dan ahli KMKJ sendiri namun kurangnya sambutan, orang lihat pun tidak, apatah lagi hendak klik butang ‘like’. Mungkin juga kerana design dan video saya itu tidak cantik dan tidak menarik. Jadi saya cuba berfikir perkara di luar kotak dengan meningat kembali akan kata Ustaz Ihsan Fadhli, YDP KMKJ. "Tak terfikirkah untuk mencari pelapis atau mengadakan bengkel? Kesian kamu kalau kena pegang lagi sesi depan, dan tak naklah juga kalau anta lepaskan KMKJ selepas ini, KMKJ terus jatuh dan sunyi tidak seperti sekarang."
Dari awal lagi ketika saya dilantik pada sesi ini, saya cuba untuk “MEMBERI” kepada ahli dengan mengadakan bengkel ketika selesainya sesi pengajian dan peperiksaan Fasal Awwal. Lama sudah tertunggu-tunggu saat ini, Alhamdulillah hari ini sudah tiba masa untuk yang saya nantikan untuk “MEMBERI” namun untuk adakan bengkel dalam keadaan cuti ini jadi ramailah yang melancong dan bercuti mahupun yang punyai program tersendiri. Jadi saya cuba manfaatkan waktu berbaki ini dengan cara sekadar “MEMBERI” secara atas talian (online) di internet. Saya juga terbaca satu daripada RESOLUSI PERTAMA 4 yang mengsasarkan pertambahan mahasiswa didalam mengusai dan mengetahui tentang Multimedia. Rasanya belum dijawab oleh mana-mana lagi seruan ini, jadi saya rasa ini juga tugas saya memegang Biro MULTIMEDIA. Menggunakan sebaiknya medium tv-KMKJ, dan memberi sepenuhnya apa yang ada dalam diri saya mengenai multimedia, dan menjadi hasrat saya untuk semua ahli KMKJ lebih hebat dari saya teruatama dalam bidang Adobe Photoshop. (sekarang ini sedang menghasilkan tutorial untuk photoshop).
Bersama-sama setiap kali perkongsian saya, saya kerpilkan bersama tujuan dan harapan Biro Multimedia bahawa segala perkongsian dibuat bagi memperkasakan pengetahuan iT di kalangan ahli, untuk membuktikkan mahasiswa belajar agama dan anak kelantan kita tidak ketinggalan dalam teknolgi sekaligus bagi memenuhi resolusi PERTAMA KE-4.
Akhir sekali, saya merasakan cara dan pembawakan saya hari ini lebih tercapai dan berjaya dengan wujudnya komen dan status saudara di dada Warung KMKJ ini. Terimakasih atas perhatian saudara. Sekadar ini sahaja usaha saya untuk membantu KMKJ sebaiknya dan yang lebih baik saya menggunakan nama KMKJ dari nama sendiri kerana tanda faham atas nama BIRO multimedia dan PUBLISITI KMKJ. Mempublisitikan KMKJ, BLOG KMKJ, dan tv-KMKJ. Alhamdulillah, Perkara ini telah dibincang baik bersama pimpinan KMKJ lain dan setakat hari ini hanya dua catatan sahaja berkaitan komputer dan 18 catatan lagi berkaitan KMKJ, 1 : 10 masih lagi dalam keadaan seimbang.
Disini saya susun sepuluh jari mohon maaf. Saya menulis atas dasar pemahaman, pengalaman, logik, rasa, peduli dan kehidupan. Walau saya bukanlah Muizzuddin yang mampu menulis kata-kata bernas memikat rakyat Malaysia dengan Surat Terbuka PM, bukan jua Ihsan Fadhli yang mampu merungkai kata-kata hikmah, bukan jua Hussin Fauzi yang mampu melontar kata-kata haraki dan penyatuan mahasiswa. Bukan jua seperti Syarifah Nurfathiah mampu menaqalkan kata-kata ulama’, malahan ulama’ pun kurang saya kenali, apatah lagi untuk memberi nas dan dalil quran dan hadis. Apatah lagi memakan hati untuk orang lain memetik butang “like”. Inilah saya hanya mampu menulis atas dasar kehidupan dan rasa.
Nik Mohd Syamim Iylia bin Mat Yusoff
BIRO MULTIMEDIA DAN PUBLISTI KMKJ 2010, 2011, 2012